Sunday, March 27, 2011

Hukum Bersanding

Utusan Malaysia : Hukum bersanding

Persandingan bertujuan memperkenalkanpengantin kepada masyarakat hukumnya adalah harus tetapi ia perlumemelihara batas syariat.

SOALAN:
Berikutan penerangan ustaz di dalam akhbar Utusan Malaysia padaJumaat 28 Ogos 2009 mengenai hal-hal adat Melayu yang boleh membawakepada syirik kepada keesaan Allah, saya amat berharap agar ustaz dapatmenjelaskan tentang hukum upacara bersanding dan merenjis semasa adatmajlis perkahwinan orang Melayu.

Jawapan:

Hukum Bersanding
 
Jika majlis persandingan tersebutdibuat secara tertutup (di hadapan keluarga terdekat/mahram) , iadiharuskan. Ini kerana ada di antara adat yang masih boleh dipulihkanmengikut acuan Islam atau memenuhi tuntutan syarak.
Tujuan asal majlis bersanding ini ialah untuk memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari kepada orang ramai.
Memang seharusnya mereka diperkenalkansebagai pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi kebanyakan tetamu yangdatang ke majlis walimah itu adalah bertujuan melihat dan menatap wajahpasangan raja sehari.
Namun di dalam majlis yang penuhkemeriahan dan bersejarah perlu di pastikan agar syariat Islam tidaktenggelam dalam lautan kegembiraan.

Persoalan yang sangat penting dalambersanding ialah dari manakah asalnya budaya bersanding; adakah iabudaya masyarakat melayu atau budaya masyarakat lain.
Sepanjang pemerhatian, saya dapatibudaya bersanding di Malaysia asal usulnya adalah dari budayamasyarakat India. Sekiranya masyarakat Melayu masih mahu berpegangkepada adat maka perlu pastikan adat itu tidak bercanggah dengansyariat Islam.

Justeru, apa jua bentuk upacara majlispersandingan boleh diadakan tetapi dengan syarat persandingan itu hanyadikhaskan untuk ahli keluarga yang mahram sahaja.
Tiada percampuran iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
Tiada pembaziran dan tiadaaktiviti-aktiviti yang melalaikan. Apatah lagi jika mengabaikanperintah Allah SWT dengan meninggalkan solat atas alasan sibuk melayanpara tamu yang hadir.
Disebabkan manusia tidak mengambilberat terhadap syariat maka hilangnya keberkatan dalam sebuahperkahwinan. Ini kerana manusia lebih ghairah menggembirakan orangramai dan tidak menggembirakan Allah SWT.
Itulah masalahnya; manusia hanya akanmencari Allah SWT ketika ditimpa duka dan dalam keadaan terhimpit; danmelupai-Nya sewaktu dia senang dan gembira.

Hukum Adat Merenjis
Adat merenjis jika ia dilakukan dengankepercayaan untuk menghindarkan pasangan pengantin daripada nasib burukatau gangguan makhluk halus, ia tidak ubah seperti mengikuti adatmasyarakat Hindu. Ia adalah diharamkan.
Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya:“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golonganmereka”. (Hadis sahih riwayat Abu Dawud).

Dalam hadis lain yang dikeluarkan olehal-Imam Ahmad, Ibn Umar r.a juga berkata bahawa Rasulullah SAWbersabda: “Aku diutus dengan pedang menjelang hari kiamat, sehingga(orang-orang bukan Islam) menyembah Allah yang satu, tidak ada sekutubagi-Nya, dijadikan rezeki dibawah bayangan tombakku, dan dijadikanhina dan rendah bagi sesiapa saja yang berselisihan dengan urusanku.Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golonganmereka”. (Musnad Ahmad)

Dua hadis di atas jelas menunjukkankepada kita mengenai larangan Islam kepada umat Islam supaya tidakmencontohi atau meniru adat dan amalan masyarakat yang lain selain dariIslam.
Namun begitu, jika ia dilakukan denganniat semata-mata untuk meriah dan menyerikan lagi majlis perkahwinantersebut tanpa disertai oleh sebarang niat yang lain, maka iadiharuskan.
Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pihak yang melarang mengamalkan adat tersebut dengan alasan ia bukan dari budaya Islam.

Memang benar, panel turut mengakuinya.Namun, Islam tidak melarang sebarang adat tempatan dan budaya sesuatutempat selagi mana adat dan budaya tersebut tidak mengandungiunsur-unsur yang diharamkan di dalam Islam.

Wallahu ‘Alam.

Petikan di pinjam untuk renungan semua....

Pesan Rasullullah ...sampaikan  pesan ku walaupun sepatah  perkataan...
Amin.




.... 

Friday, March 25, 2011

Untuk Renungan....

12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT:-


Barisan pertama: 

Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan dan  berkaki . Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T : "Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong dan  tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat". 

Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan dan  tempat kembali mereka adalah neraka".



Barisan ke-2: 

Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah "mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk. 

Rasulullah saw bersabda 
"sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala dan  kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.



Barisan ke-3: 

Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking "mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. Inilah balasannya dan  tempat kembali mereka adalah neraka.


Barisan ke-4: 

Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut.  Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.


Barisan ke-5: 

Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar 
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya dan  tempat mereka juga adalah neraka.


Barisan ke-6: 

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.


Barisan ke-7: 

Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah dan  nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.


Barisan ke-8: 

Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,  kepala kebawah dan  kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina. Tempat mereka juga adalah di neraka. 
Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki dan  wanita, melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".



Barisan ke-9: 

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam ; bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.


Barisan ke-10: 

Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak  dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.


Barisan ke-11: 

Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,  gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,  bibir terjuih hingga ke dada ; 
lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan. Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya. 


Barisan ke-12: 

Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat. 
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan 
"mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih serta melakukan kebaikan. Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu ; meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat. Inilah balasan mereka ; tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang ; keredhaan Allah S.W.T"



BACALAH YASSIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut. 

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.


7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya. 

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: 

"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, 

"Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: 

"Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.


Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ? 
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya? 
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? 
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? 
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta. 

Siapakah orang yang rugi? 
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik? 
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? 
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal? 
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ? 
Orang yg kedekut ialah orang yg membiar atau membuang ilmu begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada orang lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain... 



...

Thursday, March 24, 2011

Al Asma Ul Husna 99 Names Of Allah




FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA
 
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: 

"Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..."


Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." dari Sahih Bukhari.



1.  Allah
2.  Ar-Rahman - Maha Pemurah
3.  Ar-Rahim - Maha Penyayang
4.  Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5.  Al-Quddus - Maha Suci
6.  As-Salam - Maha Penyelamat
7.  Al-Mu'min - Maha Pengaman
8.  Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9.  Al-‘Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-‘Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi’ - Maha Tinggi
25. Al-Mu’iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27. As-Sami’ - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-‘Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-‘Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-‘Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi’ - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba’ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu’id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta’ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-‘Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan   Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami’ - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani’ - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi’ - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi’ - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar                                 
 


FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA


(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat 
 Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, 
susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).


 1. "Ya Allah!" apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.
 2. "Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.
 3. "Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga  manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.
 4. "Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.
 5. "Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.
 6. "Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan  menjadi segar sihat & sejahtera.
 7. "Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.
 8. "Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.
 9. "Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.
 10."Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.
 11. "Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.
 12."Ya Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).
 13."Ya Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.
 14."Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.
 15."Ya Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.
 16."Ya Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.
 17. "Ya Wahhaab!" dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.
 18. "Ya Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.
 19. "Ya Fattah!" dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.
 20. "Ya 'Aalim!" dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.
 21. "Ya Qaabidhu!" dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.
 22. "Ya Baasithu!" Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.
 23. "Ya Khaa'fidh!" dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.
 24. "Ya Raafi!" dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau  di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.
 25. "Ya Mu'izz!" dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.
 26. "Ya Muzill!" Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.
 27. "Ya Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.
 28. "Ya Bashiir!" Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.
 29. "Ya Hakam!" dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.
 30. "Ya Adllu!" dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.
 31. "Ya Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.
32. "Ya Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.
 33. "Ya Haliim!"  Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar  atau diungkit-ungkit atau tergugat.
 34. "Ya 'Aziim!" dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.
 35. "Ya Ghafuur!" bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.
 36. "Ya Syakuur!" dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.
 37. "Ya 'Aliy!" Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.
 38. "Ya Kabiir!" Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).
 39. "Ya Hafiiz!" dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.
 40. "Ya Muqiit!" Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.
 41. "Ya Hasiib!" Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.
 42. "Ya Jaliil!" Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita  akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan -  perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.
 43. "Ya Kariim!" Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak  masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.
 44. "Ya Raqiib!" Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah....
 45. "Ya Mujiib!" Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.
 46. "Ya Waasi!" Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.
 47. "Ya Hakiim!" Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.
 48. "Ya Waduud!" Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.
 49. "Ya Majiid!" Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.
 50. "Ya Baa'its!" Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.
 51. "Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.
 52. "Ya Haq"! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.
 53. "Ya Wakiil" Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.
 54. "Ya Qawiy!" Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.
 55. "Ya Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.
 56. "Ya Waliy!" Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.
 57. "Ya Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.
 58. "Ya  Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.
 59. "Ya Mubdiu!" Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah....
 60. "Ya Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.
 61. "Ya Muhyiy!" amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.
 62. "Ya Mumiit!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.
 63. "Ya Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.
 64. "Ya Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap  manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.
 65. "Ya Waajid!" Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.
 66. "Ya Maajid!" Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.
 67. "Ya Waahid!" Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah...
 68. "Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa.
 69. "Ya Qaadir!" Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.
 70. "Ya Muqtadir!" Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.
 71. "Ya Muqaddim!" Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil".
 72. "Ya Muahkhir"! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.
 73. "Ya Awwal!!" Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.
 74. "Ya Aakhir!" Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.
 75. "Ya Dhaahir!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.
 76. "Ya Baathinu!" Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.
 77. "Ya Waaliy!" Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini
 78. "Ya  Muta'aAliy!" Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka  yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.
 79. "Ya Bar!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.
 80. "Ya Tawwaab!" Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.
 81. "Ya Muntaqim!" Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita  memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat pertolongan Allah.
 82. "Ya 'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.
 83. "Ya Rauuf!" Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.
 84. "Ya Maalikul Mulki!" Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.
 85. "Ya Zul Jalaali wal Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.
 86. "Ya Muqsith!" Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan,  InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.
 87. "Ya Jaami'!" Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.
 88. "Ya Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.
 89. "Ya Mughniy!" Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.
 90. "Ya Maani'!" Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.
 91. "Ya Dhaarr!" Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.
 92. "Ya Naafi' "! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.
 93. "Ya Nuur!" Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.
 94. "Ya Haadiy!" Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya  Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.
 95. "Ya Baadii!" Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.
 96. "Ya Baaqy!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.
 97. "Ya Waarits!" Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan
.
  98. "Ya Rasyiid!" Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin,  nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.

 99. "Ya Shabuur!" Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan


.
                         FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA
 
Doa-doa Yang Makbul:

 1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.


 Tanda-tanda Doa Yang Makbul:

1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.


 Cara-cara Berdoa:

1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"
 2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
 3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.
 4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.
 5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah  s.a.w & para sahabat.
 6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).


KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM 
  • Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
  • Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt
  • Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
  • Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
  •  Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya
  •  Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
  • Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . .  Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba  itu.

Wednesday, March 23, 2011

Mengapa Umat Islam Tidak Makan Daging Babi (Khinzir)

Easy to  understand  and  very  well  present..

Let's  watch...



 







....

Mahluk-mahluk ciptaan Allah

I came across this interesting article and would like to borrow this script to  share in my  page... as  a reminder not only to my beloved children but also to readers that  happened to  read  this page...

Allah mencipta Iblis dari api. Iblis tercipta. Allah berkata, Akulah Allah, Tuhan kamu, sembahlah akan daku dan berzikirlah memuji-Ku. Iblis taat. Dia bangga kerana iblis adalah makhluk mulia yang dicipta dari api.

Malaikat juga dicipta. Daripada cahaya. Allah berkata, Akulah Allah, sembahlah akan Aku dan berzikirlah memujiku. Malaikat taat suruhan Allah tetapi masih curiga. Mengapa manusia yang dicipta dari tanah itu yang dijadikan khalifah? Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.

Allah hendak menciptakan Adam. Adam dicipta dari tanah yang hina. Siapa makhluk-maklhluk Allah yang ada ketika itu? Iblis dan malaikat. Iblis dicipta dari api. Malaikat dicipta dari cahaya. Masa sifar. Yang ada hanyalah keabadian. Kerana semua makhluk ini dicipta dari Nur Muhammad, cahaya Muhammad.

Allah menyuruh malaikat sujud kepada Adam. Malaikat taat. Allah menyuruh Iblis menyembah Adam kerana Allah berkata inilah sebaik-baik kejadian yang Aku ciptakan. Iblis engkar, kerana merasa dirinyalah yang lebih layak dijadikan sebaik-baik kejadian kerana dirinya diciptakan dari api. Lebih mulia dari tanah


ALLAH TETAP MENCIPTAKAN ADAM
 
Manusia telah sempurna wahai Adam. Besenang- lenanglah kamu di Syurga Allah. Adam bersenang- lenang dengan semua nikmat yang telah Allah beri. Ketika itu Adam melihat sepasang burung terbang di Syurga. Iblis berbisik, Adam, Allah tidak adil. Burung itu berteman, kamu tidak. Kamu kan sebaik-baik kejadian. Mengapa hendak menjadi seperti burung? Tidak mengapa, Allah Maha Memberi. Doa adam diperkenankan. Adam diberi teman hidup bernama Hawa.

Hawa dicipta daripada tulang rusuk kiri.

Adakah Adam diberi teman?

Rusuk adam telah diambil oleh Allah untuk mencipta Hawa. Kerana Allah telah berkata bahawa kamu sebaik-baik kejadian. Sempurna. Kamu cukup segala-galanya. Daripada makhluk Allah yang mana Hawa mahu dicipta? Allah mengambil rusuk Adam sendiri. Adakah kamu tidak berfikir? Bahawa itulah bukti kamu sebaik-baik kejadian.

Mengapa rusuk?

Kaji sifat rusuk. Itulah sifat kaum wanita. Bengkok.Dan perlu diluruskan, oleh kerana sifatnya yang keras. Maka kita perlu gunakan jalan yang lembut untuk meluruskannya. Letaknya di mana? Menutup dada. Jika rusuk tiada, syaitan boleh masuk melalui kecacatan itu. Masuk melalui dada yang kehilangan rusuk. Syaitan berjaya masuk ke badan kamu.

Adam dan Hawa hidup senang di Syurga.

Senang? Atau semakin susah? Kamu perlu sentiasa bersama Hawa. Baru kamu tenteram. Baru kamu sempurna kembali menjadi manusia. Ketika apa? Ketika kamu cantumkan rusuk kamu kembali. Ketika Hawa “meletakkan” dirinya ke dada Adam.

Sebab itu kamu gembira Kamu jadi manusia sempurna kembali. Sebaik-baik kejadian.

Adam dan Hawa dilarang makan buah Khuldi.. Adam kuat imannya. Sempurna. Apa kelemahan Adam? Tiada rusuk. Rusuk itu adalah satu anggota badan yang mudah disesatkan kerana hanya sebatang rusuk sahaja. Syaitan berbisik kepada Hawa. Allah memang tidak adil. Semua nikmat syurga kamu dapat kecuali apa Hawa? Makan buah Khuldi. Iblis menipudaya. Hawa berjumpa dengan Adam. Hawa teringin makan buah Khuldi. Adam kuat imannya. Dia melarangnya kerana ia taat perintah Allah. Supaya jangan makan buah Khuldi.

Hawa memujuk lagi. Akhirnya Adam mengalah. Itulah bukti cinta dan kasihnya kepada Hawa. Adam terpedaya pujukan Hawa. Lalu makan buah khuldi itu bersama-sama Hawa.

Allah murka. Dicampakkan kedua-duanya ke dunia. Buah itu menjadi Khalkum Adam. Untuk apa? Menjadi senjata kepada Adam supaya menjadi sempurna kembali. Buah Khuldi Hawa menjadi buah dada. Untuk apa? Sebagi kesempurnaan kejadian kaum Hawa.

Manusia memang banyak membuat bencana. Malaikat pun pernah bertanya kenapa mahu menjadikan manusia, yang akan banyak melakukan kerosakan di mukabumi? Allah hanya berkata, Aku tahu apa yang kamu tidak tahu. Apa buktinya manusia lebih mulia ya Allah? Turunlah kamu ke dunia, cuba beritahu Aku nama2 pokok dan tumbuhan ini. Malaikat tidak tahu. Cuba Tanya Adam. Adam tahu nama2 pokok dan tumbuhan itu. Malaikat sujud kepada Allah dan tidak mempersoalkan lagi mengapa Adam dicipta.

Sebenarnya untuk menguji diantara manusia, siapa dikalangan anak Adam yang mahu mengambil pengajaran kepada semua ini. Di dalam kisah ini, terdapat rahsia2 dan cara untuk menjadi Adam kembali dan duduk bersenang lenang kembali ke Syurga Allah. Manusia berasal dari Adam dan perlu menjadi adam kembali kalau mahu menjadi sempurna.


MUSUHMU DI DUNIA

Iblis, Syaitan dan orang2 yang memerangi agamamu.


CIRI-CIRI ADAM DI ALAM DUNIA
 
Dapat menjadi pemimpin kepada segala makhluk yang Allah cipta.

Mendidik segala makhluk yang Allah cipta selain Iblis dan Syaitan.

Membimbing umat manusia supaya mereka kembali menjadi Adam dan dapat melihat wajah Allah di Syurga.

KESAN KUASA YANG ALLAH BERI KEPADA ADAM DI DUNIA

Adam ini masih perlu dibimbing dan diberi petunjuk. Siapa lagi yang dapat mendidiknya? Allah.


ALLAH SAYANG KEPADA ANDA

Pertolongan Allah sudah tiba. Adam telah kembali sempurna. Mari kita perangi segala musuh-musuh keturunan kita yang terdahulu. Adam sudah lengkap ilmu di dadanya.

Wahai sekalian anak Adam. Kita adalah sebaik-baik kejadian yang dijadikan oleh Allah daripada tanah. Mari kita perangi musuh2 kita. Iblis, syaitan dan mereka yang memerangi agama kita, agama Islam.

Kalau kalian kenal masa sebagaimana sekarang, bukankah anda umpama anak Adam yang sedang berbahagia di syurga. Kalian teringat dunia. Kalian ingin membantu anak Adam yang berada di dalam dunia. Tempat kita di syurg. Bersenang lenang dengan nikmat yang Allah berikan. Janganlah kita sombong dengan Allah dan terimalah hakikat bahawa kita adalah sebaik-baik kejadian. Kita perlu mendidik alam semester ini. Kita tak perlu pendamping yang lain. Hanya Allah.

Inilah rahsia setitis air di lautan.

Kalian hanya akan merasa bagai berenang-renang dalam lautan ilmu2 Allah. Ada makhluk lainkah yang terbaik selepas kita?

Dialah yang perlu kita cari sekarang. Carilah Allah.

Allah ada dalam diri kamu. Tiada dahulu, kini dan akan datang. Kita sedang berenang dalam lautan ilmu2 Allah. Hanya Allah yang tahu.



....

Kitab Taurat, Zabur dan Injil

(kita tahu ketiga-tiganya sudah mengalami perubahan sedikit-sebanyak) berada dalam Bible hari ini.

5 kitab pertama dalam Bible bahagian Old Testament itu mungkin asalnya kitab Taurat. Hari ini ia dikenali sebagai Torah.
 
Kitab Mazmur dalam Bible bahagian Old Testament itu mungkin sekali asalnya Zabur.
4 kitab Gospel (John, Luke, Mark Matthew) dalam Bible bahagian New Testament masih ada sisa-sisa kitab Injil.

Nabi Daud terkenal dengan kelunakannya mendendangkan kitab Zabur. Kitab Mazmur yang ada hari ini itu memang penuh dengan dendangan-dendangan dan dinisbahkan kepada Nabi David (Daud).
 
WaAllahua'lam.

Ref ....  http://myalexanderwathern.blogspot.com/2011/02/ke-mana-perginya-kitab-zabur.html







....

Tuesday, March 22, 2011

Asma-Ul-Husna

Healing Powers of Al-Asma al-Husna

It has been discovered by Doctor Ibrahim Karim (Biologist) that Asma ul Husna, most beautiful names of Allah (SWT) have healing power to a large number of diseases.

He used precision methods in the measurement of energy within the human body and discovered that every one of the names of Allah (SWT) stimulates energy in the immune system of the human body to work efficiently in a certain ideal human body.

He discovered that the mere mention (reciting) of most beautiful names of Allah (SWT) leads to improvement in the tracks Bio Energy within the human body, and after a 3-years of research Doctor Ibrahim Karim reached to the following:

01. Ear - As Sami (The all Hearing)
02. Bone - Al Nafi (The creator of good)
03. Backbone - Al Jabbar (The Compeller)
04. Knee - Al Ra uf (The Clement)
05. Hair - Al Badi (The Originator)
06. Heart - Al Nur (The Light)
07. Muscles - Al Qawi (The All Strength)
08. Heart Waves - Al Wahab (The giver of All)
09. Heart Muscle - Al Razaqq (The Sustainer)
10. Nerve - Al Mughni (The Enricher)
11. Artery - Al Jabbar (The Compeller)
12. Stomach - Al Razaqq (The Sustainer)
13. Cancer - Al Jalil (The Mighty)
14. Thyroid - Al Jabbar (The Compeller)
15. Thigh- Al Rafi (The Exalter)
16. Migraine - Al Ghani (The Rich One)
17. Eye Arteries - Al Muta ali (The Supreme One)
18. Kidney - Al Hayy (The Ever Living One)
19. Colon - Al Ra uf (The Clement)
20. Intestine - Al Razzaq (The Sustainer)
21. Liver - Al Nafi (The creator of good)
22. Pancreas - Al Bari (The Make of Order)
23. Fatty Sacks - Al Nafi (The creator of good)
24. Womb - Al Khaliq (The Creator)
25. Bladder - Al Hadi (The Guide)
26. Rheumatism - Al Muhaymin (The Guardian)
27. Prostat - Al Rashid (The Righteous Teacher)
28. Nerves of the Eye - Al Zahir (The Manifest One)
29. Pineal Gland - Al Hadi (The Guide)
30. Blood Pressure - Al Khafed (The Abaser)
31. Lung - Al Razzaq (The Sustainer)
32. Thymus Gland - Al Qawi (The All Strength)
33. Gland above the Kidney - Al Bari (The Make of Order)
34. Hair Peel - Al Jalil (The Mighty)
35. The Nasal Cavities - (Al Latif, Al Ghani, Al Raheem)
36. Eye - (Al Nur, Al Basir, Al Wahab)

Method of treatment: 

Lay your hands on the place of pain and praise Allah (SWT) names above according to your disease until the pain heals or cure away Insha Allah.

Note: Please keep in mind whatever takes place in result of reciting the names of Allah (SWT) depends on the will of Allah, the Almighty.





....