Saturday, September 24, 2011

Anak tidak berdosa... Aids


apa dosa saya.


I have always been in support to sebarkan maklumat and understanding about amal jariah and sedakah…and I would like to  share this article written by …

MELIHAT anak kecil ini buat kali pertama dan secara imbasan bersahaja, pasti ramai yang tidak menyangka bahawa dia yang berusia lapan tahun sedang menderita penyakit yang sangat digeruni penduduk dunia, AIDS.
Di sebalik senyuman, telatah comel dan kerenah manja Nur Murni Mohd. Saidi atau lebih manja sebagai Murni, terpampang kisah silam penuh derita dan masa hadapannya yang menghitung hari, memang menyedihkan hingga mampu menitiskan air mata sesiapa jua yang tahu keadaan sebenar.

Tidak keterlaluan jika dikatakan Murni sedang berjuang di ambang maut sejak beliau dilahirkan lapan tahun yang lalu setelah doktor menjangka hayat kanak-kanak ini tidak lama.
Ketika Mingguan Malaysia menemuinya di Pusat Perlindungan Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pesakit HIV dan Aids Nurul Iman (Pernim) di Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini, Murni yang bersaiz kecil dengan berat 12 kilogram baru sahaja keluar hospital.

“Sejak kecil lagi, Murni yang fizikalnya hanya sama besar dengan budak umur empat tahun kerap keluar masuk hospital dan terpaksa menelan pelbagai jenis ubat dan dadah bagi melawan pelbagai serangan penyakit ekoran daya tahan badan dan antibodi yang lemah.
“Terbaru sekali, ketika melakukan pemeriksaan doktor baru-baru ini, doktor telah mengesahkan sebelah paru-paru anak malang ini tidak boleh berfungsi secara normal,” kata Ketua yang juga Pengasas Pernim, Norlina Alawi.

Pusat Perlindungan Pernim yang ditubuhkan sejak empat tahun yang lalu telah memberi harapan dan kehidupan baru kepada lebih 30 anak-anak yatim termasuk tiga anak kecil yang menghidapi penyakit AIDS atau HIV.
Menceritakan mengenai latar belakang Murni secara ringkas, Norlina berkata, anak malang itu lahir hasil perkongsian hidup pasangan suami isteri yang sah. Namun bapanya, penagih dadah tegar manakala ibunya seorang suri rumah di Kelantan.

Akibat suntikan dadah dari tabiat berkongsi jarum antara penagih- penagih, bapanya dijangkiti virus HIV tanpa disedari dan kemudiannya, ‘berkongsi’ kuman berkenaan dengan ibu Murni semasa menjalin hubungan kelamin.
Diwariskan
Kuman tersebut seterusnya ‘diwariskan’ pula kepada anak dalam kandungan iaitu Murni yang kini kehilangan ibu dan bapanya akibat AIDS yang telah bersarang sejak sekian lama.

“Kemudian ada sahabat yang prihatin menelefon Pernim dan menceritakan perihal Murni yang ditinggalkan bersendirian di hospital setelah ibu bapanya meninggal, walaupun mempunyai ibu dan bapa saudara yang ramai tetapi mereka tidak mampu untuk menjaganya.
“Ketika itu, dia masih kecil dan tidak tahu apa-apa mengenai kehidupan di dunia ini. Doktor beritahu adik- beradik bapa Murni yang ramai itu tetapi mereka tidak berani mengambilnya kerana tidak mampu menjaganya,” katanya sayu, mata yang berkaca.

Walaupun membesar dengan virus HIV dan hanya boleh menikmati kehidupan ini buat seketika, masyarakat sekeliling tidak berhak untuk menafikan segala peluang dan masa yang ada untuk membolehkan Murni hidup bahagia seperti kanak-kanak lain.
“Atas kesedaran itu, Pernim menghantar Murni ke sekolah seperti kanak-kanak lain yang sebaya dengannya walaupun dia hanya sekadar duduk berdiam diri di dalam kelas dan hanya memerhati gelagat rakan-rakannya.
“Guru-guru di sekolahnya tahu mengenai keadaan Murni dan mereka mengambil sikap positif dengan tidak sesekali meminggirkannya dalam segala aktiviti pembelajaran bagi menjaga hati dan perasaannya.

“Syukur kepada Allah Taala, saya mendapat maklum balas daripada guru-guru bahawa ibu-bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah itu tidak menyisihkan anak-anak mereka daripada Murni kerana faham mengenai AIDS.
“Saya harap lebih ramai masyarakat sekeliling faham dan tidak lagi memandang serong terhadap pesakit AIDS terutama kanak-kanak yang tidak berdosa seperti Murni kerana walaupun sebahagian organ termasuk otaknya terganggu akibat serangan AIDS, namun mereka mempunyai hati dan perasaan seperti insan lain,” katanya dengan air mata yang mula berlinangan.

Selain ke sekolah, Murni turut mengikuti kelas tae kwan do bersama-sama anak-anak yatim lain di pusat berkenaan agar anak malang itu turut menikmati riadah dan tidak hanya menjadi pemerhati keriangan anak- anak lain, jelasnya.
“Murni pernah koma, gugur rambut dan ketika itu, doktor menasihatkan agar membuat persediaan pengebumian tetapi kuasa Allah Taala mengatasi segalanya, Murni terus hidup sampai sekarang dan hanya Dia yang menentukan selama mana Murni akan bertahan,” kata Norlina.

ARTICLES SOURCE: http://www.utusan.com.my
Main source for abv articles..






...

Bantu-membantu sesama saudara Islam


Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawaRasulullah s.a.w. telah bersabda: 
sesungguhnya Allah Taala tidak melihat rupa paras dan harta-harta kamu, akan tetapi Allah Taala melihat hati dan amalan-amalan kamu. 
[Hadis Riwayat Muslim]

Dari Abdullah bin Amr bin Asr r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : 
Barangsiapa memberi makan saudaranya sehingga kenyang dan memberi minum sehingga hilang dahaga, maka Allah s.w.t akan menjauhkannya dari api neraka jahanam sejauh dua parit. 
Dan jarak antara dua parit adalah sejauh perjalanan lima ratus tahun.
[Hadis Riwayat Hakim]

Dari Abdullah Bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w : 
Ya Rasulullah s.a.w apakah satu amal yang paling baik dalam Islam? 
Baginda saw menjawab : 
Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak. 
[Hadis Riwayat Bukhari]


Konsep sedekah dalam Islam


Apakah konsep sedekah dalam Islam?

Sedekah adalah satu pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang kita sayang atau tidak. 

Asas penting yang perlu ada adalah keikhlasan. 

Maknanya kita tidak mengharapkan sebarang pembalasan apabila bersedekah. 

Sedekah lebih menjurus kepada barang seperti makanan dan pakaian yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain.

Wakaf pula ialah pembelian barangan untuk kegunaan masjid, surau, rumah anak yatim atau sebagainya. 

Contohnya, kita membeli kipas angin, penghawa dingin, tikar atau al-Quran untuk digunakan oleh masyarakat umum di premis tersebut. 

Saranan bersedekah ini dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya, 

“ Kalau kamu zahirkan sedekah itu, maka itu adalah baik. 
Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah itu serta kamu berikan kepada orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan hapuskan daripada kamu sebahagian daripada kesalahanmu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.”
(al-Baqarah: 271)

Pencari Rahmat ilahi














...

Bolehkan kita bersedekah kepada orang kaya?




Sedekah kepada orang kaya tidak mencapai matlamat bersedekah ianya lebih di katakan sebagai Hadiah.  Sedekah itu lebih kepada  mereka yang Memerlukan. 

Dalam  bab daging korban. 
Sepatutnya golongan kaya tidak perlu mengambil daging korban. 
Ia patut diberi kepada orang yang lebih memerlukan. 
Ada golongan fakir yang berada di luar bandar yang hidup mereka sangat daif . 
Golongan beginilah yang patut diutamakan.


Bagi orang berada pula, mereka yang berhajat menunaikan ibadat korban eloklah mencari kawasan yang mempunyai fakir miskin ataupun negara jiran yang memerlukan. 
Semua ini hanya boleh dicapai jika nafsu tunduk kepada agama dan akal. 
Ini kerana nafsu ini tidak pernah puas. 

Bagi mencapai tingkatan nafsu mutmainnah, nafsu perlu dididik dengan Agama, ilmu, amal dan akal. 
Selagi ini dilakukan , manusia akan selamat. 


....

Dalil-dalil Sedekah... di dalam Al-Quran


Penemuan Di Dalam Al-Quran

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 195

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 215

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 245

Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 254

Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 261

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 262

Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya) dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 263

(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 264

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 265

Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 267

Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 268

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 271

Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik) dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 272

Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadiKan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya) dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 273

Pemberian sedekah itu ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: Orang kaya oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 274

Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 276

Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 280

Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga dia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).

Al-Quran > Surah An-Nisaa'> Ayat 8

Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka) dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin hadir ketika pembahagian (harta pusaka) itu, maka berikanlah kepada mereka sedikit daripadanya dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.

Al-Quran > Surah An-Nisaa'> Ayat 39

Dan apakah (kerugian) yang akan menimpa mereka jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta mereka mendermakan sebahagian dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada mereka? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengetahui akan keadaan mereka.

Al-Quran > Surah An-Nisaa'> Ayat 114

Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar

http://www.al-islam.com/maknazlatin/









....


Dahsyatnya Sedekah


Dimanakah letak kedahsyatan hamba-hamba Allah yang bersedekah? 

Dikisahkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, sebagai berikut :

Tatkala Allah SWT menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah pun menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. 
Para malaikat terheran-heran akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya? “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari pada gunung?”
Allah menjawab, “Ada, yaitu besi” 
(Kita mafhum bahwa gunung batu pun bisa menjadi rata ketika dilebor dan diluluhlantakkan oleh buldozer atau sejenisnya yang terbuat dari besi).
Para malaikat pun kembali bertanya, “Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari pada besi?” 
Allah yang Mahasuci menjawab, “Ada, yaitu api” 
(Besi  maupun waja bisa menjadi cair dan mendidih setelah dibakar bara api).

Bertanya kembali para malaikat, 
“Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari pada api?”
Allah yang Maha Agung menjawab, “Ada, iaitu air” 
(Api membara sedahsyat apapun, niscaya akan padam jika disiram oleh air).
“Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari air?” Kembali bertanya para malaikat.


Allah yang Mahatinggi dan Mahasempurna menjawab, 
“Ada, yaitu angin” 
(Air di samudera luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung, dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tersimbah dan menghempas karang, atau mengombang-ambingkan kapal dan perahu yang tengah berlayar, tiada lain karena dahsyatnya kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat). 
Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi, 
“Ya Allah adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dari semua itu?”

Allah yang Mahagagah dan Mahadahsyat kehebatan-Nya menjawab, 
“Ada, yaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya.”
Ertinya, orang yang paling hebat, paling kuat, dan paling dahsyat adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus, dan ikhlas tanpa ada unsur pamer ataupun keinginan untuk diketahui orang lain.

Inilah gambaran yang Allah berikan kepada kita bagaimana seorang hamba yang ternyata mempunyai kekuatan dahsyat adalah hamba yang bersedekah, tetapi tetap dalam kondisi ikhlas. 

Kerana naluri dasar kita sebenarnya selalu rindu akan pujian, penghormatan, penghargaan, ucapan terima kasih, dan sebagainya. 

Kita pun selalu berkeinginan  untuk mempamerkan segala apa yang ada pada diri kita ataupun segala apa yang boleh kita lakukan. 
Apalagi kalau yang ada pada diri kita atau yang tengah kita lakukan itu berupa kebaikan.

Oleh itu, tidak heranlah, seorang hamba yang bersedekah dengan ikhlas adalah orang-orang yang mempunyai kekuatan dahsyat. Sesungguhnya ia tidak akan kalah oleh aneka macam selera rendah, iaitu rindu pujian dan penghargaan.

Apalagi kedahsyatan seorang hamba yang bersedekah dengan ikhlas? 

Pada suatu hari datang kepada seorang ulama dua orang sahabat yang mengaku baru kembali dari kampung halamannya di kawasan Jawa Tengah. Keduanya kemudian bercerita mengenai sebuah kejadian luar biasa yang dialaminya ketika pulang kampung dengan naik kenderaan beberapa hari sebelumnya. Di tengah perjalanan kenderaan yang ditumpanginya terkena musibah, kemalangan dengan dahsyatnya. Seluruh penumpang mengalami luka parah. Bahkan para penumpang yang duduk di kerusi-kerusi  berdekatannya meninggal seketika dengan bersimbah darah. 
Dari seluruh penumpang tersebut hanya dua orang yang selamat, bahkan tidak terluka sedikit pun. Mereka itulah kedua sahabat tersebut . Keduanya mengisahkan kejadian tersebut dengan menangis tersedu-sedu penuh syukur.

Mengapa mereka ditakdirkan Allah selamat tidak kurang suatu apa? 

Menurut pengakuan keduanya, ada dua amalan yang dikerjakan keduanya ketika itu, 
yakni ketika hendak berangkat mereka sempat bersedekah terlebih dahulu dan selama dalam perjalanan selalu melafazkan zikir. 

Sahabat, tidaklah kita ragukan lagi, bahwa inilah sebagian dari fadhilah (keutamaan) bersedekah. 

Allah pasti menurunkan balasannya disaat-saat sangat diperlukan dengan jalan yang tidak pernah disangka-sangka.

Allah Azza wa Jalla adalah Zat yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada semua hamba-Nya. 
Bahkan kepada kita yang pada  setiap  nafas selalu membangkang terhadap perintah-Nya  serta hampir  setiap gerak-geri kita tercermin amalan yang dilarang-Nya,  akan tetapi  Dia (ALLAH)
tetap saja mengucurkan rahmat-Nya yang tiada terkira.

Segala amalan yang kita perbuat, amal baik ataupun amal buruk, semuanya akan terpulang kepada kita. 

Demikian juga jika kita berbicara soal harta yang kini ada dalam genggaman kita dan kerapkali membuat kita lalai dan alpa. 

Demi Allah, semua ini datangnya dari Allah yang Maha Pemberi Rezeki dan Mahakaya. 

Dipesankan-Nya kepada kita tiada lain supaya kita  beramal dan bersedekah dengan sepenuh ke-ikhlas-an semata-mata kerana Allah. 

Kemudian pastilah kita akan mendapatkan balasan pahala dari pada-Nya, baik ketika di dunia ini maupun saat menghadap-Nya kelak.

Dari pengalaman kongkrit kedua sahabat  ataupun kutipan hadits seperti diuraikan di atas, dengan penuh kayakinan kita dapat menangkap bukti yang dijanjikan Allah SWT dan Rasul-Nya, bahwa sekecil apapun harta yang disedekahkan dengan ikhlas, nescaya akan tampak betapa dahsyat balasan dari-Nya.

Inilah barangkali kenapa Rasulullah menyerukan kepada para sahabatnya yang tengah bersiap pergi menuju medan perang Tabuk, agar mengeluarkan infaq dan sedekah. 

Apalagi pada saat itu Allah menurunkan ayat tentang sedekah kepada Rasulullah SAW, 
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir,  pada tiap-tiap bulir; 
seratus biji Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui,” demikian firman-Nya 
(QS. Al-Baqarah [2] : 261).

Seruan Rasulullah itu disambut seketika oleh 
Abdurrahman bin Auf dengan menyerahkan empat ribu dirham seraya berkata, 
“Ya, Rasulullah. Harta milikku hanya delapan ribu dirham. Empat ribu dirham aku tahan untuk diri dan keluargaku, sedangkan empat ribu dirham lagi aku serahkan di jalan Allah.”

“Allah memberkahi apa yang engkau tahan dan apa yang engkau berikan,” jawab Rasulullah.

Kemudian datang sahabat lainnya, Usman bin Affan. 
“Ya, Rasulullah. Saya akan melengkapi peralatan dan pakaian bagi mereka yang belum mempunyainya,” ujarnya.

Adapun Ali bin Abi Thalib ketika itu hanya memiliki empat dirham. Ia pun segera menyedekahkan satu dirham waktu malam, 
satu dirham saat siang hari, satu dirham secara terang-terangan, dan satu dirham lagi secara diam-diam.

Mengapa para sahabat begitu tekun dan spontan menyambut seruan Rasulullah tersebut? 
Ini tiada lain kerana yakin akan balasan yang berlipat ganda sebagaimana telah dijanjikan Allah dan Rasul-Nya. 

Medan perang adalah medan pertaruhan antara hidup dan mati. 

Kendati begitu para sahabat tidak ada yang mendambakan mati syahid di medan perang, kerana mereka yakin apapun yang terjadi pasti akan sangat menguntungkan mereka. 

Sekiranya gugur di tangan musuh, surga Jannatu na’im telah siap menanti para hamba Allah yang selalu siap berjihad fii sabilillaah. 

Sedangkan andaikata selamat dapat kembali kepada keluarga pun, pastilah dengan membawa kemenangan bagi Islam, agama yang haq!

Lalu, apa kaitannya dengan memenuhi seruan untuk bersedekah? 

Sedekah adalah penolak bala,  penyubur pahala dan pelipat ganda rezeki; 
sebutir benih menumbuhkan tujuh butir, yang pada tiap-tiap butir itu terjurai seratus biji. 
Artinya, Allah yang Mahakaya akan membalasnya hingga tujuh ratus kali lipat. 
Masya Allah!

Sahabat, betapa dahsyatnya sedekah yang dikeluarkan di jalan Allah yang disertai dengan hati ikhlas,   sehingga  Allah sendiri membuat perbandingan, sebagaimana tersurat dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, seperti yang dikemukakan di awal tulisan ini.*** 




.....

Sedekah meningkatkan keberkatan Rezeki

Another article posted by ..Pencari Rahmat Illahi..



Orang beriman tak takut belanja harta mereka bagi meringankan beban golongan memerlukan.

KEKAYAAN tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. 
Dengan adanya keberkatan, harta dan rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak serta mencukupi. 
Sebaliknya, tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Dalam satu kisah, diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan pada lengannya. Baginda menepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman: “Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya? Nabi Ayub menjawab, “Ya benar; demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatan-Mu”.

Kisah ini menegaskan pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan Allah. 
Cara mendapatkan keberkatan daripada Allah, antaranya:

Bersyukur atas apa yang diberikan Allah.

Belanjakan harta pada jalan diredhai Allah

Berusaha cari rezeki halal

Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan beri sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.

Bersedekah kepada anak yatim, miskin, jika boleh setiap hari. 
(Cari anak yatim untuk diberikan) kerana dengan izin Allah akan diganti tanpa kita sedari.

Ikhlaskan pemberian, sedekah hanya kepada Allah bukan mengharap pujian (pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). 
Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dulu, selepas itu barulah kepada jiran dan orang yang lebih jauh. 
Jangan anggap pemberian itu hak kita kerana sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.

Hulurkan pemberian sunat secara rahsia tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.



Konsep sedekah: Berikan sesuatu yang kita sayangi. 
Ini jelas dalam al-Quran (surah al-Imran ayat 92).

Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. 
(Dunia untuk akhirat, bukan untuk dunia)
Amalan diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jual beli (perniagaan).

Menurut Nabi SAW, 9/10 (90 peratus) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. 
Makan gaji mungkin 1/10 saja. 
Nabi Muhammad SAW sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan jujur, cekap dan amanah.
Peniaga amanah akan dibangkitkan bersama nabi dan rasul di akhirat kelak. 
Perniagaan adalah amalan fardu kifayah. 
Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan oleh orang Islam. 
Jika tidak aktiviti ini, seluruh umat Islam akan menanggung dosa.

Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami. 

Dalam hadis, Nabi SAW menerangkan setiap awal pagi, ketika terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi.

Yang satu menyeru, “Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan harta kepada Allah.” 
Yang satu lagi menyeru, “Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek).”

Orang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. 
Menginfaqkan (belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka.

Dalam hadis lain, Nabi SAW bersabda: “Takutilah api neraka walaupun dengan sebiji tamar.” 
Dan sabdanya lagi: “Sedekah itu penghapus dosa seperti air memadam api.”

Jika dapat diamalkan, rezeki yang dikurniakan Allah akan kekal walaupun sudah digunakan. 
Allah akan membalas atau menggantikan apa yang sudah dibelanjakan. 
Amalkan ilmu yang ada, Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta, belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi daripada sumber yang kita tidak ketahui.

Bersedekah itu boleh dilakukan oleh semua orang sekalipun orang itu tidak berharta. 
Amalan bersedekah sangat digalakkan dalam Islam, kerana bersedekah adalah lambang kesyukuran kepada Allah, 
pelaksanaan perintah Allah dan mempererat hubungan persaudaraan serta silaturahim sesama Muslim.

Sedekah juga adalah cara mengukuhkan hubungan antara hamba dengan Allah dan di antara hamba sesama hamba.

Firman Allah: “Wahai orang beriman, nafkahkanlah sebahagian rezeki yang kami kurniakan kepadamu, sebelum datang hari yang tiada lagi jual beli, tiada lagi persahabatan yang akrab dan tiada lagi syafaat padanya. Dan orang yang kafir itu adalah golongan zalim.” (Surah al-Baqarah, ayat 254)

Rencana disediakan oleh Penulis Khas YaPEIM








.....