Thursday, December 15, 2011

Kisah Kelahiran Al-Masih Di Dalam Surah Maryam






             


Kehamilan Maryam



Allah s.w.t. telah mengutuskan Malaikat Jibril untuk memberi khabar gembira kepada Maryam bahawa beliau akan melahirkan seorang anak lelaki. Kisah tersebut telah dipaparkan di dalam Surah Maryam melalui uslub dialog di antara Maryam dan Jibril.

Firman Allah s.w.t.:

“Jibril berkata: ‘Sesungguhnya aku ini hanyalah utusan Tuhanmu untuk memberitahu kepadamu tentang seorang anak lelaki yang suci."
(Surah Maryam:19)

Maryam yang merupakan seorang wanita yang solehah merasa hairan dan kebingungan, mengapa dengan tiba-tiba dia dikhabarkan oleh Jibril akan kelahiran seorang anak lelaki? Bagaimanakah perkara ini harus berlaku? Sedangkan dia tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, apatah lagi untuk melakukan perbuatan-perbuatan keji yang lain? Lalu Maryam brtanya bagi memecahkan kebuntuan yang berada dalam fikirannya:

“Maryam berkata: ‘Bagaimana aku dapat melahirkan seorang anak lelaki sedangkan tidak pernah seorang manusiapun menyentuh aku dan aku bukannya seorang pezina" 
(Surah Maryam; 20)

Lalu Jibril menjawab bagi merungkaikan ikatan keserabutan yang menyala-nyala di dalam kepala Maryam dan sekaligus menjadikan Maryam sebagai manusia pilihan yang mendapat rahmat:

“Jibril berkata: ‘Demikianlah Tuhanmu berfirman: Perkara tersebut amatlah mudah bagi-Ku dan agar dapat Kami jadikan suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat daripada Kami dan hal itu adalah suatu perkara yang telah diputuskan.” 
(Surah Maryam: 21)

Kelahiran ‘Isa a.s.

Kejadian Nabi ‘Isa a.s. adalah berbeza dengan kejadian segala manusia yang ada di atas dunia. Dia dilahirkan tanpa bapa dan oleh kerana proses kejadiannya lain daripada manusia yang lain, sudah tentu proses kematiannya juga adalah lain daripada manusia yang lain.

Firman Allah s.w.t.:

“Maka (Maryam) merasa sakit untuk melahirkan anak memaksa ia bersandar pada pangkal pohon kurma, dia berkata: ‘Aduhai! Alangkah baiknya aku mati sebelum ini dan aku menjadi barang yang tidak bererti lagi dilupakan’.” 
(Surah Maryam: 23)

Maryam merasa sakit yang amat sangat ketika hendak melahirkan Isa a.s. sehingga dia merasakan lebih baik mati sahaja daripada menanggung derita melahirkan kandungan tersebut tetapi keresahan itu telah ditenteramkan oleh Jibril a.s. yang menyeru dari jauh.

Firman Allah s.w.t.:

“Maka Jibril menyeru ke arahnya dari tempat yang rendah: ‘Jangan kamu bermuram durja, sesungguhnya Tuhanmu menjadikan anak sungai di bawahmu dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon tersebut akan menggugurkan buah yang mekar kepadamu.” 
(Surah Maryam:24-25)

Suatu hakikat yang telah disempurnakan! Kalau diikutkan kepada logik akal, tidak mungkin sekali buah kurma yang mekar seperti ayat di atas sebagai “ruthab” boleh gugur dengan digoncang, sedangkan kalau dibiar buahnya masak ranum pun ia tidak akan gugur. Ini adalah suatu hikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada Maryam dan mengikut pakar perubatan, buah kurma yang mekar boleh memudahkan si ibu melahirkan anak dengan baik.

Dan di dalam sepotong ayat yang lain pula, Allah s.w.t. telah berfirman:

“Maka makan dan minumlah serta bersenang hatilah kamu, jika kamu melihat seorang manusia maka katakanlah: ‘Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini.” 
(Surah Maryam: 26)

Untuk mengelakkan diri daripada difitnah oleh kaumnya, Allah s.w.t. telah memerintahkan kepada Maryam supaya bernazar dengan melakukan ibadat puasa dan tidak bercakap-cakap dengan sesiapa pun pada hari tersebut.

Isa a.s. Mempertahankan Kehormatan Ibunya

Apabila Nabi Allah ‘Isa a.s. dilahirkan oleh ibunya Maryam, kelahirannya itu telah mencetuskan reaksi yang kontroversi di kalangan kaumnya. Pelbagai andaian dan spekulasi yng dilemparkan kepada Maryam sehingga di kalangan kaumnya ada yang tergamak menuduh beliau melakukan perbuatan zina sehingga melahirkan anak, tetapi dengan tegas Maryam menafikannya.


“Maka Maryam menunjukkan kepada si anaknya itu, kaumnya berkata:’bagaimana kamu boleh berbicara dengan anak yang masih di dalam buaian"
(Surah Maryam: 29)

Dengan izin Allah s.w.t., ‘Isa a.s. dapat berkata-kata dan bercakap-cakap dengan kaumnya, sekaligus menolak fitnah yang dilontarkan kepada ibunya dan di samping itu, secara tidak langsung ‘Isa a.s. walaupun masih di dalam buaian sempat berdakwah kepada kaumnya menyeru mereka kepada Allah, Tuhan yang Maha Satu:

“Berkata ‘Isa: ‘Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku Al-Kitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana sahaja aku berada. Dia memerintahkan kepadaku mendirikan solat dan menunaikan zakat selama aku hidup.”
(Surah Maryam: 30-31)

Jelas dan terang ungkapan mulut Nabi ‘Isa a.s. walaupun masih bayi dan sekaligus menolak dakwaan kaumnya yang menuduh ibunya yang suci itu melakukan perbuatan yang terkutuk.

Kesimpulan

Gambaran kristian terhadap Mary dan Jesus


Nabi ‘Isa a.s. serta ibunya Maryam adalah makhluk Allah s.w.t. yang terpilih, mereka tidak sekali-kali akan mengakui diri mereka sebagai Tuhan disebabkan nikmat yang diberikan kepada mereka, terutamanya Nabi ‘Isa a.s. Dakwaan bahawa Nabi ‘Isa itu adalah jelmaan Allah s.w.t. hanyalah cerita karut dan pembohongan semata-mata. 

‘Isa a.s. sendiri menyatakan di dalam Yohanes, fasal 17, ayat 3, bahawa

“Inilah hidup yang kekal, iaitu supaya mereka mengenal Engkau, Allah Yang Esa, dan Yesus Kristus yang telah Engkau suruhkan itu.”
                                                                                                                                                             




sumber :

  http://zharifalimin.blogspot.com/2009/11/kisah-kelahiran-al-masih-di-dalam-surah.html




....              

Amalan-Amalan Dalam Islam



LARANGAN-LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN

YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN

o   Mandi setelah makan.
o   Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
o   Berada dalam keadaan terl alu lapar.
o   Berjaga malam selain dari qiamullail.
o   Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam.

                                    

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN

o   Memakan daging.
o   Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
o   Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
o   Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
o   Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
o   Memakan makanan yang agak manis.

                                            

FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT

o   Bercakap banyak.
o   Tidur banyak.
o   Makan banyak.

                                        

FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN

·         Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
·         Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
·         Banyak memakan makanan yang serba masam.

                                        

SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT

·         Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk (masak).
·         Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.

                                        

BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL

o   Tinggalkan dari bercakap kosong.
o   Sentiasa bersugi.
o   Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.

                                             

MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA,

MAKANLAH, JANGAN DIBUANG

                                Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman, hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya ke dalam makanan atau minuman itu, kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak racun lagi/sudah selamat digunakan. Ingat, jangan membazir, orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan.



FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN
DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN

o   Melihat pekara-pekara yang haram.
o   Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
o   Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
o   Tidak membaca Al-Quran.
o   Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
o   Mengumpat dan mengata.
o   Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
o   Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
o   Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
o   Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.

                                            

LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN

·         Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati.
·         Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
·         Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.

                                            

SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADANSEBOLEH-BOLEHNYA
JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT:

o   Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.
o   Selepas makan atau sebelumnya.
o   Ketika sedang makan.
o   Selepas memakan buah-buahan.
o   Selepas keluar dari bilik mandi.
o   Ketika terjaga dari tidur.

                                    

CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.

o   Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
o   Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
o   Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
o   Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas,   supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

                                     

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR

o   Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
o   Selepas masuk waktu Asar.
o   Tidur di bawah cahaya matahari walaupun t erkena separuh dari badan.

                                        

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI

Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:

·         Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
·         Merosakkan warna kulit.
·         Melemahkan jantung.
·         Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
·         Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
·         Melemahkan kecerdasaan akal.

                                        

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR

o   Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
o   Hindarkan dari tidur lewat malam.
o   Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
o   Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
o   Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
o   Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

                                    

PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA

·         Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
·         Banyak minum air di waktu pagi.
·         Banyak memakan atau meminum yang serba masam.



SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG

·         Merokok yang berterusan.
·         Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
·         Kurang tidur.
·         Sentiasa mandi di tengah malam.
·         Melakukan kerja secara berterusan.



FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA  PENGLIHATAN

·         Melihat kepada benda-benda kotor.
·         Melihat kepada palang/salib.
·         Duduk dengan membelakangkan kiblat.
·         Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
·         Banyak menangis.











.....