For my beloved children, my means of leaving the Reminder of the Ultimate reference and Knowledge of the Al-Mighty Allah swt. Guidelines to a peaceful mind, a joyful heart and a harmonious life. May it be the guide and torch for a brighter path in your life forever eternity. Amin.
Sunday, June 10, 2012
Kita Tidak Menghukum, Tetapi Menyatakan Kaedah
Terbitan..
ADMIN / JANUARY 2, 2008
Datang seorang wanita yang tidak menutup aurat bertanya kepada saya;
“Dr! adakah saya masuk neraka kerana saya tidak menutup aurat, sedangkan saya solat dan melakukan ibadah-ibadah yang lain?”.
Saya beritahu kepadanya: “Adapun saya bukanlah malaikat penjaga neraka. Bahkan malaikat penjaga neraka sendiri tidak berhak menentukan siapa yang akan dimasukkan atau dikeluarkan dari neraka.
Ini adalah kekuasaan mutlak Tuhan Yang Menciptakan neraka. Di akhirat neraka dimasuki oleh sesiapa yang ditentukan ALLAH sebagai ahli neraka. Demikian juga syurga.
Namun ALLAH memberitahu tentang keadaan manusia di akhirat dengan firmanNya (bermaksud) : “adapun orang yang berat timbangan (amal baiknya), Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang.
Sebaliknya orang yang ringan timbangannya (amal baiknya), Maka tempat kembalinya ialah “Haawiyah”, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Haawiyah” itu? (Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar” (Surah al-Qariah 6-11).
Adapun saya yang dhaif ini tidak mengetahui bagaimanakah timbangan amalan saudari di akhirat kelak. Bahkan nasib saya sendiri saya tidak tahu, bagaimana mungkin saya boleh tahu nasib orang lain?!!
Namun jika saudari bertanya saya, adakah perbuatan saudari salah atau betul?
Tentu jawapannya: ia satu kesalahan.
Apakah perbuatan itu faktor yang membawa ke syurga atau ke neraka?……..
Maka jawapan “dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah menunjukkan ke neraka”.
Namun timbangan amalan insan di akhirat bukan hanya terbatas kepada suatu bab sahaja. Ia merangkumi segala bentuk kebaikan dan keburukan.
“Sesiapa beramal dengan kebaikan seberat biji sawi akan dinilai.
Sesiapa yang beramal dengan seberat biji sawi keburukan juga akan dinilai”.
Kemudian jika natijah dari nilaian itu menunjukkan kebaikan lebih berat dari kejahatan, maka selamatlah dia. Jika sebaliknya, rugilah dia.
Dalam hidup ini, ada pula ujian dan cubaan.
Sesiapa yang sabar dengan ujian dan cubaan, diberi pahala dan dihapuskan dosa. Kesalahan orang kepada kita juga menjadikan pahalanya dipindahkan kepada kita, atau dosa kita diberikan kepadanya -seperti dalam hadith al-Imam Muslim-.
Maka keputusan neraka dan syurga adalah hak ALLAH terhadap hamba-hambaNya.
Apa yang pasti dosa menyumbang ke arah neraka.
Pahala menyumbang ke arah syurga.
Jika ditanya membuka aurat, riba, derhaka ibubapa dan seumpamanya ke arah mana? Jawapannya ke arah neraka.
Jika ada yang berkata, mereka ini juga solat dan buat baik dalam perkara yang lain.
Kita katakan; amalan baik menuju ke syurga.
ALLAH yang Maha Adil akan menimbangnya dan menentukannya.
Demikian semua insan. Padanya ada baik dan buruk.
Amalan kita akan ditimbang di akhirat kelak.
Saya timbulkan ini kerana ada juga orang bertanya saya tentang hadith:
“..Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ianya dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap yang diada-adakan itu bid’ah dan setiap yang bid’ah itu sesat”. (Hadith ini sahih. Diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tirmizi dengan menyatakan ianya “hasan sahih”, Ibn Majah dan al-Darimi dalam sunan mereka.
Demikian juga Ibn Hibban dalam sahihnya dan al-Hakim dalam dalam al-Mustadrak dengan menyatakan: “Hadith ini sahih”. Ini dipersetujui oleh al-Imam al-Zahabi).
Katanya: “Jika bid’ah masuk neraka, apakah datuk nenek kita dan sebahagian golongan agama akan masuk neraka disebabkan beberapa perkara bidah yang mereka lakukan”. Saya katakan; pertama hadith ini sahih, maka kita jangan mempersenda-sendakannya. Kedua, seperti yang disebut tadi; sesiapa yang berat amalan baiknya maka dia masuk syurga.
Begitu sebaliknya.
Adapun bid’ah bukan pembawa ke arah syurga.
Kita mengharapkan bagi mereka amalan soleh yang jauh lebih besar dari kesilapan mereka.
Dengan itu beratlah kebaikan mereka melebihi kesalahan mereka.
Keempat, kita disuruh oleh agama untuk bersangka baik dengan muslim yang lain. Justeru, kita katakan; mungkin mereka tidak tahu, atau menyangka ia sunnah walaupun sebenarnya tidak.
ALLAH Maha Mengampuni hamba-hambaNya.
ALLAH berfirman (maksudnya):
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
(Mereka berdoa dengan berkata):
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”. (Surah al-Baqarah: 286).
Kita mendoakan keampunan mereka, namun dalam masa yang sama kita tidak boleh menyatakan kepada diri kita bahawa kesalahan yang dibuat itu betul.
Bahkan kita mesti menghindari kesilapan yang lalu setelah sampai kepada kita ajaran al-Kitab dan al-Sunnah.
Kita menyampaikan hukum ALLAH dan kaedah agama.
Kita tidak menghukum individu. Jika kita ditanya apakah hukuman terhadap pencuri dalam perundangan Islam.
Kita jawab: Dalam hukum Islam pencuri dipotong tangannya.
Namun jika dia bertanya adakah si A boleh saya potong tangannya kerana saya lihat dia mencuri.
Kita katakan: Tidak! Sehingga melalui proses perbicaraan yang dituntut oleh syarak.
Apa yang saya beritahu ‘pencuri dipotong tangan’ ialah kaedah.
Adapun perlaksanaan memerlukan penelitian yang lebih.
Bidah, khurafat, riba, arak adalah pembawa kepada jalan neraka.
Sesiapa yang mengamalkannya, menuju ke neraka.
Ini adalah kaedah umum.
Namun apabila hendak memutus si fulan ahli neraka.
Tiada siapa yang berhak.
Ini kerana kita tidak tahu amalannya yang lain, taubatnya, istighfarnya, dan kemaafan ALLAH untuknya.
Hal ini perlu dijelaskan untuk dua pihak.
Pertama mereka yang tidak faham tentang maksud kaedah-kaedah yang disampaikan lalu menuduh yang bukan-bukan.
Kedua kepada golongan pendakwah sendiri yang terlalu cepat menghukum individu tanpa penelitian.
Jadilah kita bagaikan khawarij.
Atau pro-khawarij di zaman ini yang cepat mengkafirkan muslim yang lain.
Justeru kita perlu ingat, sikap tergopoh-gapah menghukum sebelum mengetahui latarbelakang orang dicegah atau disuruh adalah perbuatan yang salah.
Golongan yang gopoh ini akan menghukum dengan hukuman kafir atau sesat tanpa terlebih dahulu memahami masalah.
Bahkan mungkin mereka sendiri tidak faham hukum-hakam tersebut dengan jelas. Sedangkan mereka lupa, tidak semua maksiat membawa kepada kekufuran.
Tidak semua pula perbuatan dan ucapan kufur menjadikan pelakunya kafir.
Demikian tidak semua perbuatan bid’ah menjadikan pembuatnya ahli bid’ah.
Kata Ibn Taimiyyah: “Sesungguhnya sesuatu ucapan menjadi kufr seperti mengingkari kewajipan solat, zakat, puasa dan hajj.
Namun pengucapnya mungkin tidak sampai kepada khitab (ajaran yang betul dalam perkara tersebut), maka tidak dikafirkan dia disebabkan keingkarannya.
Ini seperti mereka yang baru menganut Islam dan hidup di daerah pendalaman yang jauh dan tidak sampai kepadanya syariat-syariat Islam”( Ibn Taimiyyah, Majmu’at al-Fatawa, 2/220).
Di tempat yang lain beliau menyebut:
“Sesiapa yang menghadiri majlisku mengetahui, sesungguhnya aku adalah manusia yang paling membantah menyandar seseorang individu kepada kekafiran, atau kefasikan, atau kemaksiatan, melainkan setelah ditegakkan hujah dan dalil yang menunjukkan sesiapa yang menyanggahinya (dalil tersebut) menjadi kafir, atau fasiq, atau ahli maksiat. Sesungguhnya aku bertegas bahawa ALLAH mengampuni kesilapan umat ini. Ini merangkumi pemasalahan akidah dan amalan” (Ibid, 2/147).
Al-Qaradawi menyebut: “Hendaklah diberikan perhatian apa yang telah diputuskan oleh para `ulama muhaqqiqun mengenai wajibnya dibezakan antara peribadi dan jenis dalam isu takfir (mengkafirkan).
Ini bermaksud, contohnya kita katakan “Golongan komunis itu kafir, atau para pemerintah sekular yang membantah hukum syarak itu kafir, atau sesiapa yang menyatakan sebegini atau menyeru kepada ini maka dia kafir.
Ini semua adalah hukuman pada jenis.
Adapun apabila perkara ini berkait dengan peribadi seseorang, yang disandar kepada mereka itu dan ini, maka wajiblah diambil masa untuk dibuat kepastian dan kesabitan mengenai hakikat sebenar pendiriannya.
Ini dengan cara menyoal atau berbincang dengannya sehingga ditegakkan hujjah, tiada lagi syubhat dan juga tiada lagi keuzuran untuknya.
Perkara ini pernah disebut oleh Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah:
Sesungguhnya perkataan boleh menyebabkan kufur.
Secara umumnya dikafirkan pengucapnya.
Dikatakan “Sesiapa yang mengucap begini maka dia kafir”.
Tetapi peribadi berkenaan yang mengucapkannya tidak dihukum dengan kafir sehingga ditegakkan hujjah yang membukti kuffur sesiapa yang meninggalkannya (meninggalkan berpegang dengan hujjah yang jelas tersebut-pen)” (Al-Qaradawi, Zahirah al-Ghulu fi al-Takfir, m.s. 26-27, Mesir: Maktabah Wahbah (1989).
Keadaan manusia ini berbagai-bagai, ada di kalangan mereka yang membuat kesalahan kerana terlupa, atau jahil atau terdesak.
Kita hendaklah memahami latarbelakang yang berbagai ini sebelum menghukum.
Sikap ini telah ditunjukkan oleh Nabi s.a.w dalam tindakan-tindakan baginda, antaranya, daripada ‘Ali bin Abi Talib, katanya: “Rasulullah telah mengutuskan aku, Abu Marthad dan al-Zubair-kami semua adalah penunggang kuda-
baginda bersabda: Pergilah kamu semua sehingga sampai ke Raudah Khakh, sesungguhnya di sana ada seorang perempuan dari kalangan Musyrikin, bersamanya surat dari Hatib bin Abi Balta`ah kepada Musyrikin”.
Maka kami pun mendapatinya, dia menaiki unta sepertimana yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w.
Kami berkata kepadanya: “Surat!”.
Dia menjawab: “Tidak ada bersama kami sebarang surat”.
Maka kami pun menduduk dan memeriksanya.
Namum kami tidak dapati sebarang surat pun.
Kami berkata: “Rasulullah tidak pernah berdusta, sama ada engkau keluarkan surat tersebut atau kami akan telanjangkan engkau!”.
Apabila dia melihat kesungguhan kami maka dia pun terus mendapatkan simpulan kainnya.
Dia pun mengeluarkan surat tersebut, lalu kami terus membawa surat itu kepada Rasulullah s.a.w.
Kata `Umar: “Wahai Rasulullah!, sesungguhnya dia (Hatib bin Abi Balta`ah) telah mengkhianati Allah, RasulNya dan orang-orang Mukminin, biarkan aku pancung kepalanya!”.
Baginda bersabda (kepada Hatib): “Apa yang mendorong tindakanmu?”.
Kata Hatib: “Demi Allah! Bukan aku tidak beriman kepada Allah dan RasulNya s.a.w. tetapi aku ingin mendapat bantuan di sisi kaum (Quraish) yang dengannya Allah akan menyelamatkan keluargaku dan hartaku. Tidak ada seorang pun di kalangan sahabatmu melainkan baginya di sana kaum kerabat yang mana dengannya Allah selamatkan keluarga dan hartanya”.
Sabda baginda: “Dia benar! Janganlah kamu berkata kepadanya melainkan yang baik”. `Umar berkata: “Sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah, RasulNya dan orang-orang mukminin, biarkan aku pancung kepalanya”.
Baginda bersabda: “Tidakkah dia di kalangan anggota Perang Badar?”.
Sabdanya lagi: “Mudah-mudahan Allah melihat kepada ahli Perang Badar dan berfirman “ buatlah apa yang kamu suka sesungguhnya telah pasti untuk kamu syurga atau Aku telah ampuni kamu semua”.
Maka menangislah ‘Umar seraya berkata Allah dan RasulNya lebih mengetahui . (Riwayat al-Bukhari)
Lihat bagaimana baginda meraikan keadaan terdesak yang dihadapi oleh Hatib.
Baginda tidak terus menghukumnya sebelum mengetahui keadaannya.
Demikian juga kita lihat sikap baginda dalam kes-kes yang lain.
Maka kita dalam banyak hal dituntut agar cuba memahami keadaan orang yang kita dakwah.
Kita mesti membezakan antara kaedah dan hukuman. – Al-Qayyim
ref..
http://drmaza.com/arkib_utusan/?p=27
.....
Saturday, June 9, 2012
Alam Ciptaan Tuhan......Bergantung hanya pada ALLAH...
Alam Ciptaan Tuhan....
Terdiri daripada..
1. Alam Manusia
2. Alam Malaikat
3. Alam Jin
4. Alam Haiwan
5. Alam Tumbuh-tumbuhan
6. Alam kosmos … wind .clouds, rain, sun,moon, stars, langit, bumi. Laut
Kehebatan Allah dalam penciptaan Nya..
1. Terdapat luaran –hidupan dan ciptaan atas mukabumi
2. Dalaman – hidupan dan ciptaan dasar dan dalam laut
3. Warna dijadikan untuk hiasan mata kita
4. Fitrah manusia yang suka melihat pada benda-benda lapang
5. Sedekah ( law of giving )
Orang yang rajin berjalan di atas mukabumi Allah
Akan mendapat ….5 perkara…
1. Ilmu
2. Pengalaman
3. Iman – sekiranya berjalan dengan melihat kehebatan ciptaan Allah swt
4. Kawan
5. Rezeki
Bergantung hanya kepada Allah… dalam 3 perkara…
1. Rezeki – samada ianya melibatkan… kerja, kesihatan, wang ringgit .etc.
Yakinlah…Allah akan menckupkan kepada kita.
2. Keselamatan - adalah di beri oleh Allah
3. Usaha & Tawakal - punca kejayaan yang dicapai adalah dengan izin Allah.
Sekiranya.. perkara –perkara ini di tarik akan timbul perasaan…
1. Tidak bersyukur
2. Sombong dan bongkak
3. Ungkit- mengungkit
4. Tidak Redha
Syarat-syarat untuk mendapat pertolngan Allah…bagi orang-orang beriman..
1. Tawakal yang solid
2. Ibadah
3. Usaha mesti ada…
Bila kita bertawakal kepada Allah….
Allah akan sentiasa berada bersama kita..
Islam.. bermaksud ..ketenangan
Yakni…. Sentiasa Mentaati Allah ….dan
menghindari yang di tegah / di larang.
Ref… www.ustazamin.com
....
Monday, May 28, 2012
Cinta Rasul... Ustaz D...
\
Thank you uploaders and foremost ..
Thank You ...Ustaz Don...for making Islam such a Beautiful... Wonderful... and easy understanding subjects...
.......
UPKK - Ujian Penilaian Kendalian KAFA
Ujian yang di kendalikan pada tahun 5
Melibatkan matapelajaran dari tahun 1- 5
Subjek- subjek yang terlibat adalah...
Melibatkan matapelajaran dari tahun 1- 5
Subjek- subjek yang terlibat adalah...
- Tauhid
- Feqah
- Sirah
- Akhlak / Adab
- Jawi / Khat
- Hafazan
- Tilawah Al-Quran
.....
Tuesday, May 8, 2012
Believe in Yourself...
Zaidi Al-Kashafi:
"Sebelum kita bercakap, dengar dulu.
Sebelum kita bertindak, fikir dulu.
Sebelum kita mengkritik, sabar dulu.
Sebelum kita mendoakan orang, maafkan dulu.
Sebelum kita berputus asa, cuba dulu"
Ai Nik:
☑ Yang Singkat Itu WAKTU.
☑ Yang Menipu Itu DUNIA.
☑ Yang Dekat Itu KEMATIAN.
☑ Yang Besar Itu HAWA NAFSU.
☑ Yang Berat Itu AMANAH.
☑ Yang Sulit Itu IKHLAS.
☑ Yang Mudah Itu BUAT DOSA.
☑ Yang Susah Itu SABAR.
☑ Yang Sering Lupa Itu BERSYUKUR.
☑ Yang Mendorong Ke Neraka Itu LIDAH.
☑ Yang Berharga Itu IMAN.
☑ Yang Menenteramkan Hati Itu TEMAN SEJATI.
☑ Yang Ditunggu Allah Itu TAUBAT
Apa Peta Hidup anda ?
Life is a story.. so ..What is your LIFE Story ?
Dyg Norazizie Jm:
SUKARNYA MEMILIH DIAM
Bila diam... kita mungkin disangka bangkrup IDEA
Bila diam... kita mungkin dikatakan PENAKUT
Bila diam... kita mungkin disangka SOMBONG
Bila diam... kita mungkin dituduh melawan @ MEMBANGKANG
Bila diam... kita mungkin dikata tak tahu ISU @ tak ikut PERKEMBANGAN
Bila diam... kita dikira telah BERSETUJU
Bila diam... kita mungkin dicop BODOH
Bila diam... kita dianggap tak pandai berMASYARAKAT
Bila diam... kita disangka tak mahu TERLIBAT
Bila diam... kita dikatakan beRAHSIA
Walhal.. hakikatnya hanya kita sendiri yang tahu maksudnya.
Sukarnya mencari DIAM yang BIJAKSANA!, sebagaimana yang dimaksudkan oleh Nabi saw; "Barangsiapa yg beriman dengan Allah dan Hari AKhirat, hendaklah ia berkata yang baik atau diam".
.....
Orang jujur dipermudahkan beribadat
MENDIDIK anak-anak dengan sifat jujur dan ikhlas sangat penting. Ada pendapat mengatakan, kata-kata seorang yang jujur dapat dipercayai sama dengan perjanjian bertulis yang dilakukan olehnya.
Orang yang jujur akan dihormati oleh semua pihak dan menjadi benteng kepada keimanan. Hikmah jujur adalah ibadah yang mudah dilakukan. Ia sebagai perhiasan daripada hati tanpa berhias, kehebatan tanpa kerajaan, benteng tanpa pagar, kekayaan tanpa meminta daripada orang lain dan dapat menutup segala aib.
Nabi SAW mengingatkan dalam hadisnya yang bermaksud: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” (riwayat Bukhari dan Muslim).
Lantaran itu, percakapan yang baik dan jujur adalah lambang hati yang baik dan ikhlas serta bersih melambangkan akhlakul karimah. Melalui pendidikan di rumah dan di sekolah percakapan yang baik dan jujur boleh dilakukan bagi mendidik hati sentiasa ikhlas.
Mendidik sifat jujur mestilah melalui pendidikan hati. Berazam setiap masa untuk berlaku jujur akan menjadikan seseorang itu bersifat jujur.
Pengalaman daripada musibah juga akan menjadikan seseorang itu bersifat jujur seperti pernah ditipu yang akhirnya membentuknya bersifat jujur.
Sebagai anak pula, seseorang itu mestilah bersifat dan berlaku jujur pada diri sendiri, sahabat, ibu bapa, kaum keluarga, guru dan jiran tetangga.
Sifat jujur juga sangat berkait rapat dengan amanah. Melalui percakapan dan amal perbuatan sifat jujur dapat dilihat daripada seseorang.
Nabi SAW bersabda: “Orang yang diajak bermusyawarah (diminta pendapat) adalah orang yang boleh memegang amanah (jujur, ikhlas dan dapat menyimpan rahsia). (riwayat Ath-Thabrani).
Imam Muslim pernah berwasiat: “Seorang Muslim itu mestilah bersifat benar dan jujur. Berkata benar sekalipun kepada dirinya sendiri kerana takut kepada Allah dan tidak takut kepada celaan orang.”
Justeru, seorang Muslim mestilah bersifat benar dan jujur dalam perkataan dan perlakuan.
Sifat jujur ikhlas dan suci hati itu lawannya ialah sifat belot, pembohong, curang, dusta, helah, khianat, pecah amanah, memperdaya, putar belit, seleweng dan tipu.
Oleh itu, jauhi sifat yang buruk itu yang boleh merosakkan nilai diri dan akhlak seseorang.
Seseorang Muslim yang benar dan jujur akan menjurus kepada sifat tawaduk dan merendah diri. Lantaran itu Islam mengharamkan sifat-sifat dusta dan sifat yang seumpama dengannya yang merupakan penyakit hati.
Sebagaimana Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan dan sesungguhnya kebajikan itu membawa ke syurga. Seseorang yang sentiasa bersifat benar hingga dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman (kejahatan) dan kejahatan itu membawa ke neraka. Seorang lelaki yang sentiasa berdusta, sehinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta.” (riwayat Muttafaqun Alaih).
Lantaran itu, selain mempamerkan sifat benar dan jujur, seorang Muslim mestilah menjadikan dirinya contoh ikutan yang baik kepada orang lain.
Segala tingkah laku, perbuatan dan percakapan mestilah lahir daripada hati yang tulus dan ikhlas.
...
ref..
http://pondokhabib.wordpress.com/2012/04/25/orang-jujur-dipermudahkan-beribadat/
Subscribe to:
Posts (Atom)