Sunday, March 27, 2011

Hukum Bersanding

Utusan Malaysia : Hukum bersanding

Persandingan bertujuan memperkenalkanpengantin kepada masyarakat hukumnya adalah harus tetapi ia perlumemelihara batas syariat.

SOALAN:
Berikutan penerangan ustaz di dalam akhbar Utusan Malaysia padaJumaat 28 Ogos 2009 mengenai hal-hal adat Melayu yang boleh membawakepada syirik kepada keesaan Allah, saya amat berharap agar ustaz dapatmenjelaskan tentang hukum upacara bersanding dan merenjis semasa adatmajlis perkahwinan orang Melayu.

Jawapan:

Hukum Bersanding
 
Jika majlis persandingan tersebutdibuat secara tertutup (di hadapan keluarga terdekat/mahram) , iadiharuskan. Ini kerana ada di antara adat yang masih boleh dipulihkanmengikut acuan Islam atau memenuhi tuntutan syarak.
Tujuan asal majlis bersanding ini ialah untuk memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari kepada orang ramai.
Memang seharusnya mereka diperkenalkansebagai pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi kebanyakan tetamu yangdatang ke majlis walimah itu adalah bertujuan melihat dan menatap wajahpasangan raja sehari.
Namun di dalam majlis yang penuhkemeriahan dan bersejarah perlu di pastikan agar syariat Islam tidaktenggelam dalam lautan kegembiraan.

Persoalan yang sangat penting dalambersanding ialah dari manakah asalnya budaya bersanding; adakah iabudaya masyarakat melayu atau budaya masyarakat lain.
Sepanjang pemerhatian, saya dapatibudaya bersanding di Malaysia asal usulnya adalah dari budayamasyarakat India. Sekiranya masyarakat Melayu masih mahu berpegangkepada adat maka perlu pastikan adat itu tidak bercanggah dengansyariat Islam.

Justeru, apa jua bentuk upacara majlispersandingan boleh diadakan tetapi dengan syarat persandingan itu hanyadikhaskan untuk ahli keluarga yang mahram sahaja.
Tiada percampuran iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
Tiada pembaziran dan tiadaaktiviti-aktiviti yang melalaikan. Apatah lagi jika mengabaikanperintah Allah SWT dengan meninggalkan solat atas alasan sibuk melayanpara tamu yang hadir.
Disebabkan manusia tidak mengambilberat terhadap syariat maka hilangnya keberkatan dalam sebuahperkahwinan. Ini kerana manusia lebih ghairah menggembirakan orangramai dan tidak menggembirakan Allah SWT.
Itulah masalahnya; manusia hanya akanmencari Allah SWT ketika ditimpa duka dan dalam keadaan terhimpit; danmelupai-Nya sewaktu dia senang dan gembira.

Hukum Adat Merenjis
Adat merenjis jika ia dilakukan dengankepercayaan untuk menghindarkan pasangan pengantin daripada nasib burukatau gangguan makhluk halus, ia tidak ubah seperti mengikuti adatmasyarakat Hindu. Ia adalah diharamkan.
Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya:“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golonganmereka”. (Hadis sahih riwayat Abu Dawud).

Dalam hadis lain yang dikeluarkan olehal-Imam Ahmad, Ibn Umar r.a juga berkata bahawa Rasulullah SAWbersabda: “Aku diutus dengan pedang menjelang hari kiamat, sehingga(orang-orang bukan Islam) menyembah Allah yang satu, tidak ada sekutubagi-Nya, dijadikan rezeki dibawah bayangan tombakku, dan dijadikanhina dan rendah bagi sesiapa saja yang berselisihan dengan urusanku.Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golonganmereka”. (Musnad Ahmad)

Dua hadis di atas jelas menunjukkankepada kita mengenai larangan Islam kepada umat Islam supaya tidakmencontohi atau meniru adat dan amalan masyarakat yang lain selain dariIslam.
Namun begitu, jika ia dilakukan denganniat semata-mata untuk meriah dan menyerikan lagi majlis perkahwinantersebut tanpa disertai oleh sebarang niat yang lain, maka iadiharuskan.
Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pihak yang melarang mengamalkan adat tersebut dengan alasan ia bukan dari budaya Islam.

Memang benar, panel turut mengakuinya.Namun, Islam tidak melarang sebarang adat tempatan dan budaya sesuatutempat selagi mana adat dan budaya tersebut tidak mengandungiunsur-unsur yang diharamkan di dalam Islam.

Wallahu ‘Alam.

Petikan di pinjam untuk renungan semua....

Pesan Rasullullah ...sampaikan  pesan ku walaupun sepatah  perkataan...
Amin.




....