Sunday, January 29, 2012

Nama Syaitan Dalam Al Fatihah

salam..

benarkah jika kita tersilap membaca ayat d'dalam surah al-fatihah, secara tidak sengaja kita menyebut 7 nama syaitan?

-ditanya oleh seorg kawan.
_________________

Salam ,

Kenyataan tersebut telah muncul dalam masyarakat melayu sejak zaman-berzaman.Malah seingat saya , semasa saya bersekolah rendah lagi ianya telah disebarkan dimerata-rata tempat.

Ianya seperti dibawah ini :

Nama syaitan

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
6 Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'
Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!
7. SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

Apa yang jelas ialah sepanjang pencarian , ianya tidak ada sandaran dengan mana-mana dalil yang thabit dari Nabi saw dan ajaran Islam itu sendiri.

Kemungkinan besar ianya direka-reka oleh segelintir manusia dengan tujuan supaya masyarakat mengambil berat akan bacaan Al-Fatihah dan tidak meremeh-remehkannya.