Saturday, September 24, 2011

Bantu-membantu sesama saudara Islam


Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawaRasulullah s.a.w. telah bersabda: 
sesungguhnya Allah Taala tidak melihat rupa paras dan harta-harta kamu, akan tetapi Allah Taala melihat hati dan amalan-amalan kamu. 
[Hadis Riwayat Muslim]

Dari Abdullah bin Amr bin Asr r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : 
Barangsiapa memberi makan saudaranya sehingga kenyang dan memberi minum sehingga hilang dahaga, maka Allah s.w.t akan menjauhkannya dari api neraka jahanam sejauh dua parit. 
Dan jarak antara dua parit adalah sejauh perjalanan lima ratus tahun.
[Hadis Riwayat Hakim]

Dari Abdullah Bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w : 
Ya Rasulullah s.a.w apakah satu amal yang paling baik dalam Islam? 
Baginda saw menjawab : 
Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak. 
[Hadis Riwayat Bukhari]