Maka ingatlah kepadaku dalam tiga perkara, nescaya aku tidak membuat kebinasaan kepadanya.
Pertama – Ingatlah di waktu engkau tengah marah kerana aku akan membawa bisikan ke dalam hatimu dan mataku berada di dalam matamu dan aku berjalan dalam tubuhmu menurut perjalanan darah;
Kedua – Ingatlah kepadaku di waktu engkau bertempur di medan perang menghadapi musuh kerana aku akan datang kepada manusia di waktu bertempur dengan musuh itu dan aku ingatkan kepadanya akan anaknya, isterinya dan keluarganya supaya lari mundur teratur;
Ketiga – Berhati-hati duduk dengan Perempuan yang bukan muhrim kerana aku akan menjadi utusannya kepadamu dan menjadi utusanmu kepadanya.
....
Bicara Syaitan dengan Nabi Nuh a.s.
Maka iblis berkata: “Ada lima perkara yang dapat aku binasakan manusia dengannya. Tetapi aku hendak menceritakan kepadamu tiga perkara, sedang yang dua perkara itu aku tidak menceritakannya kepadamu.”
Maka Allah segera memberi wahyu kepada Nabi Nuh a.s., bahawa tidak perlu bagimu yang tiga perkara itu. Suruh saja iblis itu menceritakan kepadamu yang dua perkara.
Nabi Nuh a.s. menyuruh iblis mencerita dua perkara seperti yang diwahyukan Allah kepadanya. Berkata iblis: “Dengan yang dua perkara itu aku dapat membinasakab manusia iaitu Al-hasad (dengki) dan Al-hirsh (serakah). Maka dengan hasad aku dilaknat, dan aku dijadikan syaitan yang direjam. Dan dengan hirsh, dibolehkan bagi Adam a.s. syurga itu semuanya, lalu aku mendapati keperluanku daripadanya, maka dikeluarkan dia dari syurga.”
...
Nabi Yahya melihat kepada beberapa kaitan seperti pancing dari berbagai barang lalu bertanya: “Hai iblis! Kaitan apakah yang aku lihat padamu itu?” Jawabnya: “Inilah syahwat (keinginan nafsu) yang aku gunakan untuk mengail anak Adam (manusia).
Bertanya Nabi Yahya: “Apakah ada di dalam sesuatu barang bagiku?”
Jawab iblis: “Barangkali engkau kekenyangan makan lantas kami beratkan engkau dari zikir (ingat menyebut) Allah.”
Bertanya Nabi Yahya: “Adakah ada yang lainnya?” Jawab iblis: “Demi Allah, tidak ada yang.” Berkata Nabi Yahya: “Kerana Allah, aku wajibkan atas diriku, itu tidak akan aku penuhi (kekenyangan) perutku daripada makanan.” Dan berkata iblis: “Demi Allah, aku wajibkan atas diriku iaitu tidak akan aku berlaku ikhlas sekali-kali kepada orang Muslim.”
...