For my beloved children, my means of leaving the Reminder of the Ultimate reference and Knowledge of the Al-Mighty Allah swt. Guidelines to a peaceful mind, a joyful heart and a harmonious life. May it be the guide and torch for a brighter path in your life forever eternity. Amin.
Friday, March 16, 2012
PERANG DALAM SIRAH RASULLAH S.A.W
Peperangan yang berlaku di dalam bulan Ramadan ialah peperangan:
1. Badar al Kubra berlaku pada 17 Ramadan pada tahun 2 Hijrah
2. Fathul Makah berlaku pada 20 Ramadan Tahun 8 Hijrah
Selepas Rasullah di zalimi dan di aniaya di Makkah, baginda lalu berhijrah ke Madinah. Setelah Nabi s.a.w berhijrah turunlah perintah mengizinkan peperangan, melalui ayat berikut, maksudnya:
39. Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, karena sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu,
40. (yaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali karena mereka berkata: “Tuhan kami hanyalah Allah.” - Al Hajj 22:39-40
Keizinan tersebut sesuai pula dengan ayat berikut, bermaksud:
9. Hai Nabi, perangilah orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka adalah jahannam dan itu adalah seburuk-buruknya tempat kembali. – At Tahrim (66):9
216. Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. – Al Baqarah(2): 216
Di dalam sirah nabi, para ahli sejarah menyebut 2 istilah berkaitan dengan perang di zaman Nabi s.a.w, iaitu Ghazwah dan Sariyyah. Ghazwah ialah perang yang dipimpin oleh Nabi s.a.w sendiri, dan Sariyyah perang yang tidak dipimpin oleh Nabi s.a.w.
Ahli sejarah berbedza pendapat tentang jumlah peperangan di zaman Rasullah. Sami Bin Abdullaah al Maghluts di dalam Al Athlas at Tarikhi Sirah ar Rasul berkata mengikut an Nawawi didalam Syarah Sahih Muslim, menjelaskan:
Para sejarawan Islam berbedza pendapat mengenai jumlah perang yang pernah diikuti dan tidak diikuti Nabi s.a.w cukup jelas. Ibnu Saad dan lainnya menyebutkan peperangan yang diikuti Nabi s.a.w berjumlah 27 sedangkan peperangan yang tidak diikuti beliau berjumlah 56.
Sami Bin Abdullaah al Maghluts juga menyebut Ibnu Saad juga menulis :
“Para sejarawan nenyebutkan bahawa peperangan yang di seratai nabi s.a.w berjumlah Sembilan iaitu, Badar, Uhud, Muraisi, Khandak, Quraizah, Khaibar, Fathu Mekah, Hunaian dan Thaif”.
Bagaimanapun Sami Bin Abdullaah al Maghluts sendiri berkata peperangan yang diikuti Nabi s.a.w berjumlah 28 , dimulai dengan Abwa’ dan diakhiri perang Tabuk.
Berikut adalah senarai peperangan yang dipimpin oleh Rasullah s.a.w mengikut tahun 1-11 Hijrah :
Tahun 1 Hijrah - Hijrah nabi , memulakan pemerintahan Islam d Madinah.
Tahun 2 Hijrah
1. Abwa’ atau Waddan bermaksud 2 lembah
2. Buwath
3. Usairah
4. Shafwan atau Badar Pertama
5. Badar Kubra
6. Bani Sulaim
7. Bani Qainuqa
8. Suwaiq
Tahun 3 Hijrah
9. Dzu Amar
10. Bahran
11. Uhud
12. Hamra al Asad
Tahun 4 Hijrah
13. Bani Nadhir
14. Badar Mau’id atau perang Badar Akhir
Tahun 5 Hijrah
15. Daumatul Jandal
16. Bani Musthaliq
17. Ahzab
18. Bani Quraizah
Tahun 6 Hijrah
19. Bani Lihyan
20. Hudaibiyah
Tahun 7 Hijrah
21. Ghabah
22. Khaibar
23. Dzatur Riqa’
24. Umratul Qadha’
Tahun 8 Hijrah
25. Fathul Mekah
26. Hunain
27. Tha’if
Tahun 9 Hijrah
28. Tabuk
Tahun 10 Hijrah – Rasullah mengerjakan Haji Wada’
Tahun 11 Hijrah – Rasullah wafat.
Peperangan yang berlaku di dalam bulan Ramadan ialah peperangan:
1. Badar al Kubra berlaku pada 17 Ramadan pada tahun 2 Hijrah
2. Fathul Makah berlaku pada 20 Ramadan Tahun 8 Hijrah
source..
http://aburedza.wordpress.com
.....