Wednesday, August 22, 2012

HAJI... bagi jemaah wanita



Haji Perempuan Haid dan Nifas:

Apabila seseorang perempuan datang haid atau nifas sedangkan dia berada dalam ihram, dia diharuskan untuk mengerjakan kesemua ibadat Hajinya kecuali tawaf dan saie dan selepas itu digugurkan tawaf qudum daripadanya apabila dia wuquf di Arafah dan dia hendaklah menunggu sehingga suci.

Selepas itu dia tawaf Ifadhah dan tawaf wida', seterusnya bersaie sebagai saie Haji.
Langkah ini sekiranya dia mengerjakan Haji Ifrad, tetapi sekiranya dia mengerjakan Haji Tamattu' atau Qiran, bererti dia hanya perlu mengerjakan pekerjaan Haji Ifrad dan dia tidak perlu mengerjakan pekerjaan Haji Tamattu' atau Qiran jika dia masih belum suci sebelum wuquf di Arafah.

Sekiranya dia suci dia perlu mengerjakan pekerjaan Haji Qiran dan Tamattu'.

Apabila dia wuquf di Arafah sedangkan dia berada dalam keadaan suci, dia wajib mengerjakan tawaf Ifadhah sebelum datang haid supaya tawaf Ifadhah tidak terlewat sehingga selepas suci.

Apabila dia telah mengerjakan tawaf Ifadhah kemudian dia datang haid, dia tidak perlu lagi mengerjakan tawaf Wida', jika dia ingin meninggalkan Mekah sebelum suci.
.....


Perkara Yang Dikhususkan Hanya Untuk Wanita Sahaja:

Terdapat dua belas perkara yang dikhususkan untuk wanita sahaja iaitu:


  1. Wanita diharuskan memakai pakaian yang berjahit di dalam Ihram dengan syarat pakaian tersebut tidak dicelup dengan pewarna seperti pewarna merah, kuning atau oren.
  2. Wanita diharuskan memakai sepasang khuf dan sepasang sarung tangan di sisi mazhab Hanafi sedangkan di sisi mazhab yang lain melarang dari memakai sepasang sarung tangan.
  3. Wanita diwajibkan menutup kepalanya.
  4. Wanita tidak boleh menguatkan suaranya dengan talbiah.
  5. Tidak berlari-lari anak pada tawaf.
  6. Tidak perlu mengikut cara sebagaimana lelaki ketika bersaie di antara dua garisan hijau dan tidak perlu bersegera.
  7. Tidak perlu mencukur rambutnya bahkan memadai dengan mengguntingnya.
  8. Tidak perlu mengucup Hajarulaswad ketika terdapat sekumpulan lelaki malah memadai dengan mengisyaratkan kepadanya sahaja.
  9. Tidak perlu memberi upah kerana meninggalkan tawaf Wida' apabila dia berada dalam keadaan haid.
  10. Tidak perlu memberi upah kerana terlewat tawaf ziarah pada hari-hari menyembelih jika ketinggalan atau kelewatan tersebut disebabkan oleh haid atau nifas.
  11. Dia hendaklah tawaf di kawasan pinggir tempat tawaf.
  12. Tidak wuquf berhampiran dengan Jabal Rahmah dan kedua-dua perintah terakhir ini adalah supaya dia tidak bersesak-sesak dengan lelaki.




Rujukan...
http://www.dalil-alhaj.com/my/women.htm

...