Wednesday, August 22, 2012

Larangan dan Harus Semasa Berihram / Miqat Makani Ihram




Perkara-perkara Yang Diharamkan Semasa Ihram:


  • Melakukan persetubuhan: Iaitu melakukan persetubuhan dan faktor-faktor yang mendorong kepadanya dari apa yang berlaku di antara lelaki dan isterinya seperti bercumbu bergurau senda dan seumpamanya.
  • Maksiat: Iaitu keluar dari ketaatan.
  • Berbantah: Iaitu membantah kawannya atau sesiapa sahaja sehingga boleh menimbulkan kemarahannya begitu juga perbalahan dan cacian.
  • Memakai pakaian yang berjahit (bagi lelaki).
  • Memotong rambut.
  • Wangian (iaitu memakai sesuatu yang berbau wangi-wangian).
  • Memotong kuku.
  • Menutup kepala bagi lelaki.
  • Berburu.
  • Memotong Pokok.
  • Memakai stokin dan kasut biasa tetapi harus memakai mana-mana kasut yang boleh memperlihatkan urat belakang kaki.
  • Menutup muka dan dua kaki ketika tidur.







Perkara-perkara Yang Diharuskan Semasa Ihram:


  • Mandi dengan niat bersuci, membersihkan badan atau untuk menyejukkan badan tetapi tanpa menggunakan sesuatu yang berbau wangi seperti sabun yang berbau wangi, syampo yang berbau wangi atau ubat gigi yang berbau wangi.
  • Mencabut gigi.
  • Membelat kawasan yang patah.
  • Mengurut kepala atau badan tetapi hendaklah dengan lembut supaya tidak tergugur rambut atau bulu, apabila tergugur rambut atau bulu, sedekah wajib dikeluarkan.
  • Harus memakai selipar, cincin, cermin mata, pembesar suara untuk telinga, jam tangan, tali pinggang serta beg yang digunakan untuk menyimpan wang dan dokumen penting.
  • Harus menukar pakaian ihram dan membersihkannya tetapi makruh tanzih.





,,,,,,,


Miqat Makani Ihram:


Iaitu tempat yang tidak harus bagi orang yang ingin memasuki Mekah Al-Mukarramah melepasinya melainkan dalam keadaan berihram dan bagi setiap penduduk terdapat tempat miqat untuk dia berihram darinya.

  • Miqat penduduk Madinah: Zul Hulaifah dan dikenali dengan nama (Abar Ali)
  • Miqat penduduk Syam: Juhfah (Rabigh)
  • Miqat penduduk Iraq: Zaatu Irqin
  • Miqat penduduk Yaman: Yalamlam.

Sesiapa yang ingin mengerjakan Umrah sedangkan dia berada di Mekah, dia hanya perlu keluar ke Tan'im (Masjid Sayyidah Aisyah r.a) dan dia berihram dari sana.






Tutup
......