Antara 10 gangguan ketika melakukan solat adalah:
1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram
Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu
Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya
itu sah atau belum sah.
Sehingga dia mengulanginya sekali lagi
dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai
imam hampir rukuk.
Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya
syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci
(berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu
membuat mereka terseksa.
2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat
Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash
datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya
syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.”
Rasulullah
menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.
“Apabila kamu berasakan kehadirannya,
ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun
melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat
Muslim).
3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan
Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat,
syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu
berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami
hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk
dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.” (Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim).
4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan
Abu Hurairah berkata, “Rasulullah
bersabda yang bermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan
akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara
azan.
Apabila muazin selesai azan, ia kembali
lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat,
dia kembali lagi.
Ia akan selalu bersama orang yang solat
seraya berkata kepadanya,’Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!’
Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat.” (Hadis Riwayat
Bukhari).
5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat
Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya
tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah
sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan
santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah.
Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya
Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia
kerjakan belum sah.
Rasulullah bersabda kepadanya, “Apabila
kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada
al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk
(thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.
Kemudian sujudlah sampai kamu
benar-benar sujud (thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap
rakaat solatmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
6) Melakukan gerakan yang tidak perlu
Dahulu ada seorang sahabat yang bermain
kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal
itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.
“Jangan bermain kerikil ketika solat
kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa
yang dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang
dilakukannya?
“Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas
paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat
sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w,”
kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).
7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat
Sedar atau tidak, jika seseorang itu
melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda.
Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik
iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri
syaitan.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata,
“Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat”. Rasulullah
menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis
Riwayat Bukhari).
8 ) Menguap dan mengantuk
Rasulullah bersabda bermaksud: “Menguap
ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin
menguap, tahanlah.” (Hadis Riwayat Thabrani).
Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda,
“Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang
mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ‘ha…’ bererti
syaitan tertawa dalam mulutnya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
9) Bersin berulang kali ketika solat
Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan
solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud,
“Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan.” (Riwayat
Thabrani).
I
bnu Mas’ud berkata, “Bersin yang tidak
disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar
solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan
memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.”
10) Terasa ingin buang angin atau buang air
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya
apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia
keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin)
atau mencium baunya” (Hadis Riwayat Muslim).
Berbahagialah orang Muslim yang selama
ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat
mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.
Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.
http://www.bloggermuslim.com/2011/11/10-gangguan-ketika-solat/
...