Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit:
“Hai langit, aku lebih baik dari kamu
kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara,
beberapa laut, sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa gunung dan
lain-lain.”
Berkata langit, “Hai bumi, aku juga
lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa
falah, buruj, ‘arasy, kursi dan syurga ada padaku.”
Berkata bumi, “Hai langit, ditempatku
ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan
arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik).”
Bumi berkata lagi, “Hai langit,
sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para
nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang
wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di
tempatku. Dan dia menjalankan syari’atnya juga di tempatku.”
Langit tidak dapat berkata apa-apa,
apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap
Allah S.W.T dengan berkata, “Ya Allah, Engkau telah mengabulkan
permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada
Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta
kepada-Mu Ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit)
sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga.”
Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan
langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam
tanggal 27 Rejab, “Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini
dan engkau ‘Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini.”
Jibrail A.S. bertanya, ” Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?”
Allah S.W.T berfirman, maksudnya, “Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu.”
Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia
melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di
wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu,
Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis
bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu
bertanya, “Mengapa engkau menangis, ya buraq?”
Berkata buraq, “Ya Jibrail, sesungguhnya
aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu
telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya
dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api
kerinduan.”
Berkata Jibrail A.S., “Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu.”
Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj. Wallahu’alam.
http://www.bloggermuslim.com/2011/10/kisah-langit-dan-bumi/
....