Allah s.w.t selesai menciptakan Jibrail
as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600
sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain
menyatakan 124, 000 sayap).
Setelah itu Jibrail as memandang dirinya
sendiri dan berkata:
“Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku ?”
Lalu Allah s.w.t berfirman yang bermaksud. “Tidak”
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat
dua rakaat kerana syukur kepada Allah s.w.t dan tiap-tiap rakaat itu
lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah s.w.t berfirman yang bermaksud.
“Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku
dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang
menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti
akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya
Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya
mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan
mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu
dan KetinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari
solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas PerintahKu, sedangkan
kamu mengerjakan solat bukan atas PerintahKu.”
Kemudian Jibrail as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal.”
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma’waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari
Allah s.w.t maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan
terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak
perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun
sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah
berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah s.w.t
lalu ia berkata dalam sujud:
“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?”
Kemudian Allah s.w.t berfirman yang
bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun
dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang
engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan,
nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa
perpuluhan yang telah kuberikan kepada
umat Muhammad terhadap imbalan
solat dua rakaat yang mereka kerjakan.”
Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan. Sesungguhnya Allah s.w.t telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
- Allah S.W.T telah menyembunyikan hari kiamat (hari kejadiannya) di dalam semua hari.
“Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya
apabila ia mengkehendaki sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada
(hakikat)benda itu: “Jadilah Engkau!”, maka ia terus menjadi”-ayat 82,
surah Yassin.
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam
....