Thursday, December 15, 2011

Amalan-Amalan Dalam Islam



LARANGAN-LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN

YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN

o   Mandi setelah makan.
o   Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
o   Berada dalam keadaan terl alu lapar.
o   Berjaga malam selain dari qiamullail.
o   Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam.

                                    

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN

o   Memakan daging.
o   Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
o   Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
o   Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
o   Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
o   Memakan makanan yang agak manis.

                                            

FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT

o   Bercakap banyak.
o   Tidur banyak.
o   Makan banyak.

                                        

FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN

·         Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
·         Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
·         Banyak memakan makanan yang serba masam.

                                        

SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT

·         Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk (masak).
·         Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.

                                        

BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL

o   Tinggalkan dari bercakap kosong.
o   Sentiasa bersugi.
o   Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.

                                             

MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA,

MAKANLAH, JANGAN DIBUANG

                                Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman, hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya ke dalam makanan atau minuman itu, kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak racun lagi/sudah selamat digunakan. Ingat, jangan membazir, orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan.



FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN
DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN

o   Melihat pekara-pekara yang haram.
o   Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
o   Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
o   Tidak membaca Al-Quran.
o   Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
o   Mengumpat dan mengata.
o   Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
o   Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
o   Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
o   Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.

                                            

LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN

·         Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati.
·         Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
·         Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.

                                            

SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADANSEBOLEH-BOLEHNYA
JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT:

o   Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.
o   Selepas makan atau sebelumnya.
o   Ketika sedang makan.
o   Selepas memakan buah-buahan.
o   Selepas keluar dari bilik mandi.
o   Ketika terjaga dari tidur.

                                    

CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.

o   Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
o   Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
o   Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
o   Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas,   supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

                                     

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR

o   Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
o   Selepas masuk waktu Asar.
o   Tidur di bawah cahaya matahari walaupun t erkena separuh dari badan.

                                        

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI

Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:

·         Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
·         Merosakkan warna kulit.
·         Melemahkan jantung.
·         Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
·         Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
·         Melemahkan kecerdasaan akal.

                                        

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR

o   Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
o   Hindarkan dari tidur lewat malam.
o   Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
o   Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
o   Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
o   Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

                                    

PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA

·         Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
·         Banyak minum air di waktu pagi.
·         Banyak memakan atau meminum yang serba masam.



SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG

·         Merokok yang berterusan.
·         Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
·         Kurang tidur.
·         Sentiasa mandi di tengah malam.
·         Melakukan kerja secara berterusan.



FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA  PENGLIHATAN

·         Melihat kepada benda-benda kotor.
·         Melihat kepada palang/salib.
·         Duduk dengan membelakangkan kiblat.
·         Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
·         Banyak menangis.











.....