Malam pertama.
Malam itu ialah Malam Pertama Di Alam Kubur
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan ?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat ?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur ?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu ?
Bukankah telah silih berganti engkau
melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu
diusung dari dunia fana ini ke kuburan ?
Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara? Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur?
Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah
malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama’ serta
orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa
tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia
yang amat berbeza. ”Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat
tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau
berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung
nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?”
Hari ini kita berada di dunia yang penuh
keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang
diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang
dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang
pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam
dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah
amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan
bantalnya juga tanah.
Pada saat kita mula membuka mata di
malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan,
tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah
berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu
beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi Malam
Pertama Di Alam Kubur! Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi
malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi’ bin Khutsaim
menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka
ia masuk ke liang kubur tersebut.
I
a menganggap dirinya telah mati, lalu
menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat: “Ya Rabbku,
kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh
terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu).” (Surah Al-Mu’minun, ayat
99-100)
Kemudian ia menjawab sendiri; “Kini
engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi’..” Dan disebabkan hal
tersebut, Rabi’ bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa
dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah! Wahai saudaraku,
tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal
menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan
kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau
menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku,
tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat
nanti? Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para
penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada
kematian di dalamnya. “Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!”
Kematian itu pasti. Ia tidak meleset
meski hanya sedetik. Ia biasa datang menyerap dengan tiba-tiba. Ia
misteri. Kerananya setiap orang semestinya selalu siap. Dan tentu,
Husnul Khatimah harus menjadi pilihan. Untuk mencapai itu, harus melalui
jalan syari’at dengan menjalankan segala perintah dan menjauhi segala
larangan Allah Ta’ala. Tanpanya, husnul khatimah itu nihil. Bukankah,
perahu tak akan berjalan di daratan?
Wahai orang tua yang telah bongkok
punggungnya dan dekat ajalnya, apakah engkau telah bersiap-siap
menghadapi malam pertama? Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta dan
sejuta asa, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama?
Ia adalah malam pertama dengan dua wajah, mungkin menjadi malam pertama
bagi malam-malam syurga berikutnya, atau menjadi malam pertama bagi
malam-malam neraka selanjutnya.
(Dipetik dari buku Dr Aidh Abdullah Al- Qarni)
sumber....
http://www.bloggermuslim.com/2011/10/malam-pertama-di-alam-kubur/
....