Kehamilan Maryam
Allah
s.w.t. telah mengutuskan Malaikat Jibril untuk memberi khabar gembira
kepada Maryam bahawa beliau akan melahirkan seorang anak lelaki. Kisah
tersebut telah dipaparkan di dalam Surah Maryam melalui uslub dialog di
antara Maryam dan Jibril.
Firman Allah s.w.t.:
“Jibril
berkata: ‘Sesungguhnya aku ini hanyalah utusan Tuhanmu untuk
memberitahu kepadamu tentang seorang anak lelaki yang suci."
(Surah Maryam:19)
Maryam
yang merupakan seorang wanita yang solehah merasa hairan dan
kebingungan, mengapa dengan tiba-tiba dia dikhabarkan oleh Jibril akan
kelahiran seorang anak lelaki? Bagaimanakah perkara ini harus berlaku?
Sedangkan dia tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, apatah lagi
untuk melakukan perbuatan-perbuatan keji yang lain? Lalu Maryam brtanya
bagi memecahkan kebuntuan yang berada dalam fikirannya:
“Maryam
berkata: ‘Bagaimana aku dapat melahirkan seorang anak lelaki sedangkan
tidak pernah seorang manusiapun menyentuh aku dan aku bukannya seorang
pezina"
(Surah Maryam; 20)
Lalu
Jibril menjawab bagi merungkaikan ikatan keserabutan yang menyala-nyala
di dalam kepala Maryam dan sekaligus menjadikan Maryam sebagai manusia
pilihan yang mendapat rahmat:
“Jibril
berkata: ‘Demikianlah Tuhanmu berfirman: Perkara tersebut amatlah mudah
bagi-Ku dan agar dapat Kami jadikan suatu tanda bagi manusia dan
sebagai rahmat daripada Kami dan hal itu adalah suatu perkara yang telah
diputuskan.”
(Surah Maryam: 21)
Kelahiran ‘Isa a.s.
Kejadian
Nabi ‘Isa a.s. adalah berbeza dengan kejadian segala manusia yang ada
di atas dunia. Dia dilahirkan tanpa bapa dan oleh kerana proses
kejadiannya lain daripada manusia yang lain, sudah tentu proses
kematiannya juga adalah lain daripada manusia yang lain.
Firman Allah s.w.t.:
“Maka
(Maryam) merasa sakit untuk melahirkan anak memaksa ia bersandar pada
pangkal pohon kurma, dia berkata: ‘Aduhai! Alangkah baiknya aku mati
sebelum ini dan aku menjadi barang yang tidak bererti lagi dilupakan’.”
(Surah Maryam: 23)
Maryam
merasa sakit yang amat sangat ketika hendak melahirkan Isa a.s.
sehingga dia merasakan lebih baik mati sahaja daripada menanggung derita
melahirkan kandungan tersebut tetapi keresahan itu telah ditenteramkan
oleh Jibril a.s. yang menyeru dari jauh.
Firman Allah s.w.t.:
“Maka
Jibril menyeru ke arahnya dari tempat yang rendah: ‘Jangan kamu
bermuram durja, sesungguhnya Tuhanmu menjadikan anak sungai di bawahmu
dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon
tersebut akan menggugurkan buah yang mekar kepadamu.”
(Surah Maryam:24-25)
Suatu
hakikat yang telah disempurnakan! Kalau diikutkan kepada logik akal,
tidak mungkin sekali buah kurma yang mekar seperti ayat di atas sebagai
“ruthab” boleh gugur dengan digoncang, sedangkan kalau dibiar buahnya
masak ranum pun ia tidak akan gugur. Ini adalah suatu hikmat yang
dikurniakan oleh Allah kepada Maryam dan mengikut pakar perubatan, buah
kurma yang mekar boleh memudahkan si ibu melahirkan anak dengan baik.
Dan di dalam sepotong ayat yang lain pula, Allah s.w.t. telah berfirman:
“Maka
makan dan minumlah serta bersenang hatilah kamu, jika kamu melihat
seorang manusia maka katakanlah: ‘Sesungguhnya aku telah bernazar
berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara
dengan seorang manusia pun pada hari ini.”
(Surah Maryam: 26)
Untuk
mengelakkan diri daripada difitnah oleh kaumnya, Allah s.w.t. telah
memerintahkan kepada Maryam supaya bernazar dengan melakukan ibadat
puasa dan tidak bercakap-cakap dengan sesiapa pun pada hari tersebut.
Isa a.s. Mempertahankan Kehormatan Ibunya
Apabila
Nabi Allah ‘Isa a.s. dilahirkan oleh ibunya Maryam, kelahirannya itu
telah mencetuskan reaksi yang kontroversi di kalangan kaumnya. Pelbagai
andaian dan spekulasi yng dilemparkan kepada Maryam sehingga di kalangan
kaumnya ada yang tergamak menuduh beliau melakukan perbuatan zina
sehingga melahirkan anak, tetapi dengan tegas Maryam menafikannya.
“Maka
Maryam menunjukkan kepada si anaknya itu, kaumnya berkata:’bagaimana
kamu boleh berbicara dengan anak yang masih di dalam buaian"
(Surah Maryam: 29)
Dengan
izin Allah s.w.t., ‘Isa a.s. dapat berkata-kata dan bercakap-cakap
dengan kaumnya, sekaligus menolak fitnah yang dilontarkan kepada ibunya
dan di samping itu, secara tidak langsung ‘Isa a.s. walaupun masih di
dalam buaian sempat berdakwah kepada kaumnya menyeru mereka kepada
Allah, Tuhan yang Maha Satu:
“Berkata
‘Isa: ‘Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku Al-Kitab (Injil)
dan Dia menjadikan aku seorang nabi dan Dia menjadikan aku seorang yang
diberkati di mana sahaja aku berada. Dia memerintahkan kepadaku
mendirikan solat dan menunaikan zakat selama aku hidup.”
(Surah Maryam: 30-31)
Jelas
dan terang ungkapan mulut Nabi ‘Isa a.s. walaupun masih bayi dan
sekaligus menolak dakwaan kaumnya yang menuduh ibunya yang suci itu
melakukan perbuatan yang terkutuk.
Kesimpulan
Gambaran kristian terhadap Mary dan Jesus
Nabi ‘Isa a.s. serta ibunya Maryam adalah makhluk Allah s.w.t. yang terpilih, mereka tidak sekali-kali akan mengakui diri mereka sebagai Tuhan disebabkan nikmat yang diberikan kepada mereka, terutamanya Nabi ‘Isa a.s. Dakwaan bahawa Nabi ‘Isa itu adalah jelmaan Allah s.w.t. hanyalah cerita karut dan pembohongan semata-mata.
‘Isa a.s. sendiri menyatakan di dalam Yohanes, fasal 17, ayat 3, bahawa
“Inilah
hidup yang kekal, iaitu supaya mereka mengenal Engkau, Allah Yang Esa,
dan Yesus Kristus yang telah Engkau suruhkan itu.”
sumber :
http://zharifalimin.blogspot.com/2009/11/kisah-kelahiran-al-masih-di-dalam-surah.html
....